02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

29.5.2.2.i

Pelantikan Kontraktor Yang Dinamakan

Pelantikan Kontraktor Yang Dinamakan perlu dibuat dengan teratur. Bagaimanapun

semakan Audit terhadap projek Pembinaan Pejabat dan Kuarters Meteorologi

Kuala Krai mendapati JKR lewat melantik Kontraktor Yang Dinamakan bagi kerja

mekanikal menyebabkan kerja di tapak oleh kontraktor utama tergendala. Adalah

didapati proses penilaian tender kontraktor tersebut hanya diselesaikan pada 15

Jun 2009 iaitu 2 bulan sebelum tarikh asal projek disiapkan. Semakan Audit

selanjutnya mendapati kontraktor mekanikal yang telah dilantik pada 30 Jun 2009

hanya memulakan kerja pada 5 November 2009 iaitu lewat 5 bulan dari tarikh

lantikan.

Pada pendapat Audit, JKR hendaklah memastikan Kontraktor Yang Dinamakan

dilantik pada masa yang sepatutnya agar projek dapat berjalan dengan lancar

seperti yang dijadualkan.

Pada pendapat Audit, bagi memantapkan pentadbiran kontrak, JKR hendaklah

tegas dalam menguatkuasakan kontrak dan mengambil tindakan ke atas kontraktor

yang melanggar syarat kontrak.

Maklum balas JKR Kuala Krai

Tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah

pelantikan kontraktor di masa hadapan adalah seperti berikut:-

i. Memastikan Pelantikan Kontraktor yang dinamakan

dibuat awal bagi projek-projek akan datang.

Pemantauan kerja-kerja ditapak akan diteliti; dan

ii. Bila mana Kontraktor tidak mungkin dapat/enggan

menyiapkan/memulakan kerja sepertimana dalam

syarat-syarat kontrak Notis Untuk Tujuan Penamatan

Pengambilan Kerja Kontraktor akan dikeluarkan dengan

segera diikuti dengan Notis Penamatan Pengambilan

Kerja Kontraktor.

29.5.2.3 a. Pembinaan Tidak Berkualiti

Kerja pembinaan perlu dilaksanakan dengan kemas dan pada tahap piawaian yang

boleh diterima. Bagaimanapun, pemeriksaan Audit mendapati beberapa kerja yang

dilaksanakan di kesemua tempat yang dilawati adalah tidak berkualiti atau tidak

kemas dan tidak sempurna.

Berdasarkan maklum balas JKR, kerja seperti pembinaan rasuk pagar, tembok

penahan dan konkrit; pemasangan bolt dan nut; kerja kemasan; kerja pembersihan;

penanaman rumput dan kerja landskap; pemasangan penutup condensing unit

longkang, kerja papan acuan (formwork) dan penyambungan paip condensing unit

ke longkang telah diambil tindakan antara 31 Julai 2011 hingga 30 Mac 2012.

b. Kerja Pembinaan Tidak Sesuai

Adalah didapati beberapa kerja tidak sesuai di 5 daripada 6 tapak projek yang

dilawati yang boleh menyebabkan kerja pembaikan terpaksa dijalankan, peralatan

yang digunakan rosak dan kerja tambahan terpaksa dilakukan.

Berdasarkan maklum balas JMM, beberapa kerja pembinaan yang tidak sesuai

seperti saluran penyambungan yang tidak sempurna dari outlet bebendul jalan ke

longkang dan pelapik getah yang tidak disediakan di hadapan papan suis telah

diambil tindakan. Manakala bagi kerja pemasangan lampu yang di siling yang perlu

digantung tetapi tidak digantung dan pemasangan paip air dan saluran air hujan

Maklum balas JKR Miri

Semua kerja-kerja pembaikan telah dilaksanakan oleh

kontraktor. Untuk projek pada masa hadapan, JKR akan

memastikan spesifikasi yang jelas dinyatakan di dalam dokumen

kontrak dan pemantauan yang rapi akan dilaksanakan agar

kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Maklum balas JMM

Jabatan Meteorologi Malaysia diwakili oleh Pengarah Bahagian

Pembangunan dan Perancangan bersama dengan pengarah

projek yang terlibat mengadakan lawatan tapak bagi memantau

kemajuan kerja oleh kontraktor dan melaporkan

kecacatan/kerosakan yang ditemui kepada pihak Jabatan Kerja

Raya untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Hasil lawatan

tersebut turut dilaporkan dalam Mesyuarat Pembangunan

peringkat Jabatan yang diadakan pada setiap bulan.

227

227

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!