02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

dan dijangka selesai pada bulan Disember 2012. Manakala cadangan

penstrukturan semula pinjaman bagi PKEN Perlis dijangka selesai pada bulan

Disember 2012.

2.2.2.2.g

Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Koperasi

Pada akhir tahun 2011, Koperasi Belia Nasional Berhad, Koperasi Pembangunan

Belia Negara Berhad dan Koperasi Pekebun Getah Pasir Puteh Berhad mempunyai

tunggakan berjumlah RM15.76 juta. Ketiga-tiga koperasi tersebut mempunyai

tempoh tunggakan bayaran balik pinjaman antara satu hingga 31 tahun.

Bagaimanapun, adalah didapati hanya Koperasi Pekebun Getah Pasir Puteh

Berhad sahaja telah membuat bayaran balik. Manakala, bagi Koperasi Pegawaipegawai

Melayu Malaysia Berhad, Jadual Bayaran Balik pinjaman sedang dipinda

semula kerana berlakunya kesilapan pengiraan faedah.

Isu telah dianggap selesai.

Maklum Balas Perbendaharaan Malaysia Yang Diterima Pada 24 Mei 2012

Bayaran balik telah dibuat sepenuhnya oleh Koperasi Pekebun Getah Pasir Puteh

Berhad pada 18 Mei 2012. Manakala surat peringatan ketiga akan dikeluarkan

kepada Koperasi Belia Nasional Berhad dan Koperasi Pembangunan Belia Negara

Berhad bagi mempercepatkan permohonan ke atas cadangan penstrukturan

semula pinjaman dan seterusnya memuktamadkan perjanjian pinjaman tambahan.

2.2.2.3 Jadual Bayaran Balik Pinjaman

Semakan Audit mendapati bilangan pinjaman yang belum disediakan jadual

bayaran balik telah berkurangan dari 11 pinjaman pada tahun 2010 kepada 5

pinjaman pada tahun 2011. Kelewatan menyediakan jadual bayaran balik pinjaman

ini mengakibatkan pihak peminjam tidak membuat bayaran balik pinjaman tersebut.

Maklum Balas Perbendaharaan Malaysia Yang Diterima Pada 24 Mei 2012

Jadual Bayaran Balik bagi Negeri Kedah dan Lembaga Pelabuhan Klang telah

ditandatangani pada 10 Januari 2012 dan 22 Januari 2012 masing-masingnya.

Manakala Jadual Bayaran Balik bagi Bank Pertanian Malaysia (sekarang dikenali

sebagai Agrobank) akan dikeluarkan selepas mendapat pengesahan daripada

pihak JANM berhubung baki pinjaman.

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat kepada Agro

Bank pada 11 Julai 2012 yang menyatakan jadual bayaran balik

perjanjian asal masih berkuatkuasa dan notis bayaran balik akan

terus dihantar mengikut JBB asal.

Penurunan bilangan pinjaman yang tiada jadual bayaran balik menunjukkan

Perbendaharaan Malaysia telah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi

mengatasi isu yang dibangkitkan.

2.3.2.2 Pelaburan Dalam Badan Berkanun Persekutuan, Syarikat Dan Agensi

Semakan Audit mendapati pegangan saham Kerajaan Persekutuan di dalam 16

syarikat adalah kurang sejumlah RM3.07 bilion berbanding dengan nilai buku

pelaburan. Perkara ini berlaku antaranya disebabkan syarikat berkenaan belum

mengemukakan sijil saham kepada Kerajaan atau pihak JANM masih belum

11

11

Astronautic Technology (M) Sdn Bhd

Perbezaan sebanyak RM29,000,001.00 tersebut adalah

berikutan daripada suntikan ekuiti sebanyak RM29,000,000 oleh

Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) kepada ATSB.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!