02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Berdasarkan maklum balas JKR, kelulusan EOT mengambil masa yang lama

kerana proses kelulusan dilakukan oleh Ibu Pejabat JKR. Maklumat yang

dikemukakan oleh kontraktor adalah tidak lengkap dan tepat sehingga berulangkali

perlu diperbetulkan sebelum mendapat kelulusan Ibu Pejabat JKR.

Pada pendapat Audit, kelulusan EOT kepada kontraktor selepas tamat tempoh

kontrak adalah tidak teratur.

Maklum balas JKR Miri

Untuk Projek Pembinaan Stesen Meteorologi Miri, kelewatan

kelulusan EOT adalah disebabkan oleh faktor jarak antara Ibu

Pejabat JKR di Kuching dan JKR Miri. Bagi mengatasi masalah

ini JKR Ibu Pejabat telah menubuhkan “EOT Committee” pada

14 Februari 2012 dan ahli jawatankuasa ini akan memproses

setiap EOT yang diterima setiap minggu agar kelewatan

pemprosesan EOT tidak akan berlaku lagi.

29.5.2.2.c

Perakuan Siap Kerja

Semakan Audit mendapati bagi projek Pembinaan Pejabat Meteorologi Kuala Krai,

kontraktor telah menghantar Notis Pemberitahuan Siap Kerja pada

30 Disember 2009. Namun, adalah didapati JKR telah mengeluarkan Perakuan

Siap Kerja pada 5 Januari 2010 yang berkuat kuasa pada 23 Disember 2009 di

mana ianya lebih awal dari tarikh siap yang dimaklumkan oleh kontraktor pada

30 Disember 2009.

Berdasarkan maklumat balas JKR pihaknya mendapati kerja kontraktor utama,

elektrik dan mekanikal telah disiapkan sepenuhnya pada tarikh Perakuan Siap Kerja

berkuat kuasa.

Pada pendapat Audit, Pegawai Penguasa hendaklah memastikan Perakuan Siap

Kerja hanya dikeluarkan selaras dengan syarat kontrak bagi menjamin kepentingan

Kerajaan.

Maklum balas JKR Kuala Krai

i. JKR Kuala Krai mendapati walaupun Notis Pemberitahuan

Siap Kerja oleh kontraktor pada 30 Disember 2009, Perakuan

Siap Kerja telah dikeluarkan pada 5 Januari 2010 yang

berkuat kuasa 23 Disember 2009. Ini adalah kerana semua

kerja-kerja elektrikal dan mekanikal telah siap sepenuhnya

pada tarikh 23 Disember 2009, termasuk kerja-kerja “testing

and commissioning”. Atas faktor inilah, JKR Kuala Krai telah

mengeluarkan Perakuan Siap Kerja;

ii. Penentuan tarikh siap kerja adalah di bawah bidang kuasa

wakil Pegawai Penguasa/Pegawai Penguasa dan JKR tidak

terikat dengan tarikh yang dipohon oleh pihak kontraktor.

29.5.2.2.e

Kerja Membaiki Kecacatan

Semakan Audit mendapati terdapat kecacatan yang telah dilaporkan sepanjang

Tempoh Tanggungan Kecacatan. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat

mengesahkan sama ada kerja pembaikan telah dibuat oleh kontraktor terhadap

kecacatan yang dilaporkan sepanjang Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi 2

daripada 6 tapak projek yang dilawati memandangkan tiada laporan pembaikan

disediakan.

Berdasarkan maklum balas JKR, kerja membaiki kecacatan bagi projek pembinaan

Pengkalan TUDM, Gong Kedak telah dilaksanakan dan disahkan oleh JMM pada

16 Januari 2012. Bagi projek stesen Meteorologi Miri Perakuan Siap Membaiki

Kecacatan telah dikeluarkan pada 30 Mac 2012.

Pada pendapat Audit, JMM hendaklah memastikan kerosakan yang dilaporkan

diambil tindakan pembaikan dalam tempoh tanggungan kecacatan dan laporan

pembaikan disediakan untuk projek akan datang agar Kerajaan mendapat value for

Maklum balas JKR Miri

Kerja-kerja membaiki kecacatan bagi Pembinaan Stesen

Meteorologi Radar Miri telah dilaksana oleh pihak kontraktor

yang dilantik pada 30 Mac 2012. Pada masa hadapan, JKR

akan memastikan setiap kecacatan akan dilaksanakan di dalam

tempoh tanggungan kecacatan dan laporan pembaikan akan

disediakan kepada pelanggan. Mesyuarat bersama kontraktor

dan pelanggan akan dilaksanakan di dalam tempoh kecacatan

agar segala maklumat mengenai kecacatan dapat dibincangkan

di dalam mesyuarat dan kerja pembaikan dilaksanakan terus

oleh kontraktor.

223

223

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!