02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

Perenggan 29 : Pembinaan Kuarters, Stesen dan Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

29.5.1.1 Pencapaian Fizikal Projek

Berdasarkan kontrak, tarikh penyiapan bagi enam projek adalah antara 32 hingga

52 minggu. Semakan Audit mendapati empat daripada enam projek tersebut gagal

disiapkan mengikut tarikh siap asal dengan kelewatan antara 43 hingga 225 hari.

Manakala penyerahan projek secara rasmi hanya dibuat antara 61 hingga 174 hari

dari tarikh projek disiapkan.

Berdasarkan maklum balas JKR, antara sebab kelewatan penyerahan projek

adalah kelewatan penyaluran bekalan elektrik, air dan talian telefon serta kerja

pengujian dan pentauliahan oleh kontraktor.

Pada pendapat Audit, JKR perlu mengambil tindakan tegas dalam memastikan

kontraktor melaksanakan kerja mengikut jadual. JKR juga hendaklah

meminimumkan tempoh masa yang diambil untuk menyerahkan projek kepada

pelanggan agar Tempoh Tanggungan Kecacatan dapat dimanfaatkan sepenuhnya

oleh pelanggan.

Maklum balas JKR Rompin

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah kelewatan

penyiapan projek di masa hadapan adalah seperti:-

i. Memastikan kontraktor menyediakan pelan kecemasan

seperti menyediakan ‘Design-mix’ bagi konkrit siap

bancuh dari loji-loji pembancuh konkrit di daerah yang

berdekatan agar tidak terlalu bergantung pada loji di

kawasan setempat;

ii. Memastikan kontraktor menyediakan ‘stock pile’ bahanbahan

binaan dengan mencukupi; dan

iii. Memastikan kontraktor pernah menghadiri kursus dan

mempunyai sijil kecekapan pengurusan projek.

Maklum balas JKR Miri

Kelewatan projek Pembinaan Stesen Meteorologi, Miri disiapkan

adalah disebabkan oleh kelewatan bagi penyambungan bekalan

elektrik dan air. Untuk projek pada masa akan datang, JKR akan

memastikan proses penyambungan bagi bekalan elektrik dan air

akan dilaksanakan pada awal permulaan projek dan pihak yang

terlibat akan dijemput hadir bersama pada mesyuarat awal

penyerahan tapak kepada kontraktor.

Maklum balas JKR Kuala Krai

Kerja-kerja penyaluran bekalan elektrik, air dan talian telefon

serta kerja pengujian dan pentauliahan bagi projek Pembinaan

Pejabat dan Kuarters Kuala Krai oleh kontraktor telah

disempurnakan.

219

219

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!