02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

bulan Jun 2012.

28.5.3.2 Pada umumnya, pemantauan projek sama ada di peringkat Kementerian mahupun

agensi masih perlu dipertingkatkan. Ini kerana berdasarkan Minit Mesyuarat

berhubung pemantauan Program TAPMOSTI@COMMUNITY yang disediakan di

kedua-dua peringkat tersebut, masalah berhubung pelaksanaan program tidak

dibincangkan secara komprehensif dan berterusan sehingga penyelesaian terhadap

sesuatu masalah dibuat. Pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan sama ada

lawatan ke tapak projek telah dilakukan oleh Agensi/Kementerian kerana laporan

yang berkaitan tidak dikemukakan/disediakan.

Pada pendapat Audit, agensi pelaksana yang berkaitan/MOSTI hendaklah

membuat pemantauan berkala ke tapak projek serta memastikan sebarang masalah

pelaksanaan projek diambil tindakan segera bagi memastikan projek yang

dirancang dapat dilaksanakan seperti mana objektif yang ditetapkan.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, beberapa tindakan telah dibuat selepas teguran

Audit bagi menambah baik pemantauan projek sedia ada, antaranya seperti

pemantauan oleh agensi pelaksana bersama Jawatankuasa Pemantau serta

pelaporan status pelaksanaan projek dalam Mesyuarat Pengurusan

TAPMOSTI@COMMUNITY.

Mesyuarat Pengurusan TAPMOSTI@COMMUNITY yang

dipengerusikan oleh YB. Datuk Timbalan Menteri MOSTI

menjadi platform kepada agensi pelaksana untuk melaporkan

kemajuan projek berdasarkan lawatan pemantauan yang dibuat

oleh agensi pelaksana daripada semasa ke semasa sama ada

yang bermasalah atau tidak.

Di dalam mesyuarat ini juga turut membincangkan cadangan

selanjutnya yang boleh diambil oleh agensi pelaksana untuk

memastikan kelestarian projek ini termasuk usaha sama dengan

Kementerian / Agensi lain.

Mesyuarat terakhir yang telah diadakan adalah pada

19 Januari 2012 memandangkan program ini merupakan

program semasa RMKe-9.

28.6 Syor Audit

28.6.1. Kementerian dan agensi yang dilantik seharusnya memastikan projek

disalurkan untuk kegunaan komuniti yang layak dan bukannya diperoleh oleh

komuniti/individu tertentu sahaja agar selaras dengan objektif asal program yang

telah ditetapkan. Dalam mengambil kira asas/kriteria pemilihan, Kementerian

seharusnya mengguna pakai maklumat pangkalan data mengenai

golongan/komuniti miskin seperti eKasih yang dibangunkan di peringkat nasional

bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

28.6.2. Perjanjian kontrak perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bagi

memastikan ia dapat difahami oleh semua lapisan komuniti serta selaras dengan

keputusan mesyuarat. Kementerian juga perlu memastikan tarikh dokumen kontrak

ditandatangani serta terma dan syarat kontrak dipatuhi.

Program TAPMOSTI@COMMUNITY merupakan program

perintis yang dilaksanakan oleh Kementerian dengan kerjasama

agensi-agensi MOSTI. Sepanjang pelaksanaan program perintis

ini, Kementerian dan Agensi sentiasa memastikan setiap

Standard Operating Procedure (SOP) ditetapkan dipatuhi dan

turut menambahbaik proses kerja dalam pelaksanaan projek dari

semasa ke semasa bagi memastikan keberjayaan pelaksanaan

projek. Kementerian mengambil maklum terhadap syor audit

dalam pelaksanaan program TAPMOSTI@COMMUNITY dan

akan membuat penambahbaikan sekiranya program seumpama

ini dilaksanakan oleh Kementerian pada masa akan datang.

28.6.3. Agensi hendaklah memastikan proses pembayaran perlu dibuat selaras

dengan peraturan yang telah ditetapkan. Pembayaran yang dibuat juga perlu hanya

meliputi skop kerja yang telah dilaksanakan dengan sempurna bagi memastikan

komuniti mendapat manfaat daripada projek dan kepentingan Kerajaan terjamin.

28.6.4. Pengagihan peralatan kepada komuniti hendaklah dibuat dalam tempoh

masa yang sewajarnya bagi memastikan komuniti mendapat manfaat daripada

penggunaan teknologi tersebut dan sebarang kerosakan dapat dibaiki dalam

tempoh waranti.

217

217

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!