02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Adalah didapati Majlis Perbandaran Seremban tidak membuat bayaran balik

pinjaman sejak tahun 1992. Kementerian Kewangan telah bersetuju supaya Majlis

Perbandaran Seremban tidak perlu lagi membuat bayaran balik ke atas pinjaman

tersebut melalui surat Bil.S(34.00)248/24/1-10 Jd. 4 bertarikh 28 Ogos 2009.

Berdasarkan kepada maklum balas tahun sebelum, pihak Perbendaharaan akan

mengambil tindakan menghapus kira pinjaman selaras dengan keputusan Jemaah

Menteri dan dijangka selesai pada Disember 2011. Bagaimanapun sehingga

31 Disember 2011, tunggakan bayaran balik pinjaman ini belum dihapus kira dan

masih dilaporkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.

Maklum Balas Perbendaharaan Malaysia Yang Diterima Pada 24 Mei 2012

Kertas polisi untuk menghapus kira pinjaman pihak berkuasa tempatan sedang

disediakan dan dijangka selesai pada bulan Disember 2012.

2.2.2.2.e

Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Pelbagai Agensi

Pada akhir tahun 2011, semakan Audit mendapati 4 Pelbagai Agensi mempunyai

tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM239.32 juta iaitu pengurangan

sejumlah RM20.36 juta (7.8%) berbanding RM259.68 juta pada akhir tahun 2010.

Selain itu, adalah didapati Persatuan Asrama Belia Malaysia masih mempunyai

tunggakan walaupun pada tahun 2009 sebahagian pinjaman telah dihapus kira dan

baki pinjaman dijadualkan semula.

Maklum Balas Perbendaharaan Malaysia Yang Diterima Pada 24 Mei 2012

Perjanjian penjadualan semula sedang dimuktamadkan bagi pinjaman Amanah

Ikhtiar Malaysia dan cadangan penstrukturan semula pinjaman sedang

dipertimbangkan bagi Yayasan Amanah Anak Langkawi. Selain itu, surat peringatan

pungutan balik pinjaman akan dikeluarkan kepada Persatuan Asrama Belia

Malaysia.

Pelbagai

Agensi

Amanah Ikhtiar

Malaysia

Yayasan

Amanah

Saham Anak

Langkawi

Persatuan

Asrama Belia

Malaysia

Tindakan

Perjanjian penjadualan semula

ditandatangani pada 13 September 2011.

Lawatan pada 4 Julai 2012.

Surat peringatan telah dikeluarkan pada

4 September 2012 supaya agensi

mengemukakan perjanjian dan dokumen

kewangan syarikat bagi tujuan cadangan

mekanisma bayaran balik.

Peringatan 2 pada 30 Ogos.2012.

Bayaran balik telah dibuat selepas tarikh

anuiti matang.

2.2.2.2.f

Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Kemajuan Negeri

Semakan Audit mendapati Perbadanan Kemajuan Negeri (PKEN) Negeri Sembilan

dan Perlis mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM106.13 juta

dengan tempoh tunggakan 9 tahun. Adalah didapati tiada bayaran balik pinjaman

dibuat oleh kedua-dua Perbadanan ini sejak tahun 2003.

Surat peringatan kepada PKEN telah dikeluarkan pada

5 September 2012 bagi menyegerakan tindakan penjualan

saham dan menyelesaikan keseluruhan pinjaman.

Maklum Balas Perbendaharaan Malaysia Yang Diterima Pada 24 Mei 2012

Cadangan penjualan saham yang dicagarkan kepada PKEN Negeri Sembilan telah

dikemukakan untuk pertimbangan Lembaga Pengarah bagi bayaran balik pinjaman

10

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!