02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

28.5.2.3.g

Bagi Projek Pintar Learning bernilai RM180,000 yang telah diluluskan di Kawasan

Parlimen Hulu Selangor, ianya telah dijalankan di empat buah sekolah iaitu di SK

Kerling, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kalumpang, SK Kalumpang dan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Ladang Kerling. Bagaimanapun, adalah

didapati peralatan yang dibekalkan tidak digunakan di SK Kalumpang dan SJKC

Kalumpang disebabkan tenaga pengajar tidak tahu menggunakan

peralatan/teknologi yang dibekalkan dan pihak sekolah masih lagi menggunakan

peralatan sedia ada/lama. Selain itu, bagi SJKC Kalumpang antara faktor peralatan

tidak digunakan adalah disebabkan tiada tempat yang sesuai untuk peralatan

tersebut dipasang.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, latihan tambahan kepada guru di SK

Kalumpang telah diadakan pada 11 Januari 2012. Pihak sekolah juga telah

menggunakan sepenuhnya peralatan yang dibekalkan bagi membantu urusan

pembelajaran dan pengajaran.

Pada pendapat Audit, bagi memastikan kesesuaian projek terhadap komuniti,

agensi pelaksana yang berkaitan/MOSTI hendaklah membuat kajian awal sebelum

melaksanakan sesuatu projek. Kajian semula terhadap projek yang telah

dilaksanakan juga perlu dibuat bagi memastikan projek yang dijalankan adalah

selaras dengan objektif program. Ini bagi memastikan teknologi yang diberikan

dapat dimanfaatkan oleh komuniti dan Kerajaan mendapat value for money.

Sesi latihan tambahan di SK Kalumpang telah diadakan pada

11 Januari 2012. Peralatan di SJKC Kalumpang juga telah

digunakan sepenuhnya.

Kemudahan SIRIM Pintar Learning yang dibekalkan mendapat

respons positif daripada pihak sekolah dan pelajar.

Wakil dari SIRIM Berhad telah membuat sesi pemantauan ke

SJKC Kalumpang pada 6 September 2012 dan mendapati

bahawa peralatan SIRIM Pintar Learning berada dalam keadaan

baik dan digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembelajaran

kepada para pelajar.

Pihak SIRIM juga telah mengemaskini perisian software sistem

bagi kegunaan pihak sekolah. Minat dan penglibatan para guru

dan pelajar terhadap sistem ini juga adalah amat

memberangsangkan.

28.5.3.1 Pemantauan

Malaysian Herbal Corporation (MHC) didapati tidak menjalankan tugasnya sebagai

agensi pemantau. Sebagai contoh, berdasarkan lawatan Audit bagi Projek

Herbaponik di beberapa lokasi, komuniti memaklumkan bahawa mereka tidak

pernah berjumpa/mendapatkan khidmat nasihat daripada wakil MHC sehingga

tarikh pengauditan dijalankan. Lanjutan daripada keputusan Perbincangan

Pelaksanaan Projek Herbaponik bersama Pengerusi Eksekutif MHC pada

25 April 2011, MOSTI telah mengarahkan agar MHC mengembalikan semula

peruntukan berjumlah RM610,000 yang telah disalurkan bagi tujuan pelaksanaan

projek dalam masa 3 bulan daripada tarikh surat MOSTI pada bulan Jun 2011.

Bagaimanapun, sehingga pengauditan dijalankan, MHC masih lagi gagal untuk

mengembalikan peruntukan tersebut. Selanjutnya atas cadangan daripada

Penasihat Undang-undang MOSTI, notis tuntutan terhadap MHC ada dikemukakan

dan agensi tersebut perlu mengembalikan peruntukan tersebut sebelum/pada

6 Disember 2011. Pada 16 Disember 2011 pula MHC telah memohon lanjutan

masa daripada MOSTI selama 6 bulan kerana masalah kewangan yang dihadapi

oleh MHC.

Kementerian telah mengeluarkan notis tuntutan kepada MHC

pada 8 Ogos 2012 supaya mengembalikan peruntukan dalam

masa 14 hari iaitu selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2012.

Sekiranya MHC masih gagal mengembalikan peruntukan

tersebut, MOSTI akan mengambil tindakan undang-undang ke

atas MHC kerana melanggar Akta Kontrak 1950.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, hasil daripada perbincangan bersama,

Kementerian bersetuju untuk memberi pelanjutan tempoh selama 6 bulan kepada

MHC untuk mengembalikan semula peruntukan yang telah disalurkan iaitu sehingga

216

216

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!