02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

28.5.2.3.e

Bagi Projek Penghasilan Minyak Kelapa Dara (VCO) yang diusahakan oleh

Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud (PPK) Sabah bernilai RM100,000,

adalah didapati kebanyakan peralatan yang dibekalkan tidak digunakan/hanya

disimpan di stor PPK dan baki peralatan yang lain didapati telah mengalami

kerosakan. Manakala penapis air yang dibekalkan didapati tidak digunakan bagi

tujuan pembuatan VCO sebaliknya telah dipasang di singki dapur pejabat PPK

untuk kegunaan harian pejabat. Semakan Audit selanjutnya terhadap rekod di

MIGHT-METEOR mendapati hanya seorang peserta sahaja yang aktif di dalam

pembuatan VCO dan output yang dihasilkannya kurang bermutu/tidak jernih. Ini

disebabkan latihan yang bersesuaian tidak diberikan kepadanya serta terdapat

masalah komitmen oleh entiti di mana peserta tidak diberikan kebenaran untuk

menggunakan peralatan yang dibekalkan.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, perjumpaan antara agensi dan komuniti telah

diadakan pada bulan Januari 2012 bagi membincangkan permasalahan berhubung

pelaksanaan projek VCO.

Hasil perbincangan MIGHT-METEOR bersama komuniti di Kota

Belud pada 5 Januari 2012, pihak MIGHT-METEOR telah

mencadangkan untuk membina bangunan, memindahkan mesinmesin

peralatan serta penubuhan syarikat. Berdasarkan

maklumat terkini, komuniti masih menunggu maklum balas

daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung

status penubuhan syarikat tersebut. Komuniti juga sedang

menunggu bantuan peruntukan daripada ADUN Usukan

sebanyak RM45,000.00 bagi pembinaan bangunan dan dijangka

diterima pada bulan Oktober 2012 menggunakan nama Program

Berkelompok Memproses Minyak Kelapa Dara – Unit Timbang

Dayang, PPK Kota Belud dan pihak PPK bersetuju untuk

memindahkan semua peralatan dan mesin setelah bangunan

siap dibina.

28.5.2.3.f Bagi Projek Alat Decarboniser di Kawasan Parlimen Dungun bernilai RM250,000, 8

daripada 50 unit alat decarboniser yang telah dibekalkan kepada entiti masih belum

digunakan dan hanya disimpan di dalam stor pejabat Persatuan Nelayan, Kompleks

LKIM Kuala Dungun, Terengganu. Manakala 2 unit tidak dapat digunakan lagi dan

baki 40 unit yang lain tidak dapat dipastikan status penggunaannya. Berdasarkan

maklum balas yang diterima daripada komuniti, teknologi yang dibekalkan tidak

mesra pengguna. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah seperti tidak tahan

lama; tidak mesra pengguna; perlu kerap disenggara dan reka bentuk tidak sesuai.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, TPM telah mengambil kembali 8 unit alat

decarboniser yang belum diserahkan untuk diagihkan terus kepada penerima yang

dikenal pasti dan layak pada 1 Jun 2012. Manakala 2 unit alat decarboniser yang

rosak juga telah diambil untuk kerja pembaikan.

TPM dengan kerjasama pejabat ADUN telah menyerahkan 8 unit

decarboniser kepada penerima berikut pada 31 Julai 2012:-

1) Mohd Zaib Bin Salleh (TRF459);

2) Mohd Zali Bin Bakar (TRF756);

3) Abdul Hadi Bin Abdul Rahman (TFA1198);

4) Wan Ali Bin Wan Abdullah (TFA2463);

5) Zakaria Bin Embong (TRF170);

6) Hamzah Bin Muda (TRF633);

7) Jusoh@ Abdul Ghani Bin Ibrahim (TRF373); dan

8) Hamzah Awang (TRF542).

2 unit decarboniser yang mengalami masalah telah dibaiki dan

diserahkan semula kepada penerima pada 8 Ogos 2012 iaitu:-

1) Bahiyuddin Bin Awang@Harun (TRF938); dan

2) Jusoh Bin Salleh (TRF971).

Manakala 40 unit decarboniser yang lain masih digunakan oleh

penerima.

TPM mengambil maklum penemuan Audit mengenai kelemahan

yang dikenalpasti dan mengambil langkah dengan memberi

penerangan yang terperinci mengenai tata cara penggunaan dan

penyelenggaraan yang betul mengenai alat decarboniser agar

ianya berfungsi dengan efektif.

215

215

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!