02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

penerima tersebut semasa lawatan Audit dibuat.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, bagi projek di Kg. Kepayan 2, Petagas, enjin

tersebut telah diambil semula oleh TPM pada 15 Mei 2012.

28.5.2.3.d i. Bagi Projek K-Masjid di Masjid Al-Ikhsan, Kampung Sekendi, Sabak Bernam,

Selangor; Masjid Jamek Kampung Kebatu, Sabah; Masjid Al-Husna, Bandar

Tenggara, Johor dan Masjid Jamek Paloh, Johor yang keseluruhannya bernilai

RM600,000, portal K-Masjid didapati tidak dikemas kini/tidak digunakan.

Aplikasi e-khutbah bagi kesemua masjid tersebut juga didapati tidak

dimanfaatkan sepenuhnya oleh entiti. Semakan Audit selanjutnya mendapati

perancangan aktiviti/kursus yang melibatkan elemen ICT tidak dibuat bagi

menjana sumber kewangan komuniti setempat seperti mana objektif utama

program ini. Lawatan Audit di Masjid Al-Husna, Bandar Tenggara mendapati

terdapat cek yang diserahkan kepada entiti bernilai RM2,700 tidak ditunaikan.

Manakala keadaan K-Centre Masjid Jamek Paloh yang menempatkan 10 buah

komputer didapati tidak diuruskan dengan baik

Berdasarkan maklum balas MOSTI, penggantian cek tamat tempoh telah dibuat

pada bulan April 2012.

ii.

Projek K-Masjid bagi Masjid Bandar Seri Jempol yang bernilai RM150,000

didapati tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kerjasama dari Ahli Parlimen

Jempol untuk menyediakan K-Centre bagi menempatkan peralatan ICT yang

akan dibekalkan. Oleh itu, peralatan ICT bagi projek ini yang bernilai RM49,362

telah disimpan oleh pihak MIMOS Bhd. Kesannya, komuniti tidak dapat

memanfaatkan penggunaan teknologi yang dibekalkan serta Kerajaan terpaksa

menanggung kos pembaikan sekiranya berlaku kerosakan selepas tamat

tempoh waranti peralatan. Keadaan peralatan ICT K-Masjid di Bandar Jempol

yang masih disimpan di MIMOS Berhad, Bukit Jalil.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, bagi mempertingkatkan penggunaan peralatan

K-Masjid, agensi telah mengambil beberapa tindakan. Antaranya mengadakan siri

program yang berkaitan/perjumpaan dengan pegawai penyelaras; mengadakan

bengkel kepada komuniti untuk mengendalikan portal K-Masjid serta mengingatkan

pegawai penyelaras melalui surat rasmi/e-mel agar menyelaras dan merancang

aktiviti/program serta mengemukakan laporan secara konsisten kepadanya. Selain

itu, bagi peralatan K-Masjid yang disimpan oleh MIMOS, ia akan diagihkan kepada

entiti yang memerlukannya seperti sekolah.

sesuai dengan alat kemudi yang panjang berbanding bot di

kawasan Sabah dan Sarawak yang bersaiz lebih kecil dan

memerlukan alat kemudi yang lebih pendek.

Begitu juga di Kampung Rungkup Kecil, Bagan Datoh, Perak,

enjin bot tersebut telah diambil dari penerima pada 25 April 2012

dan telah diganti dengan saiz yang boleh digunakan oleh

nelayan di sana.

E-mel peringatan terkini berkenaan tanggungjawab pegawai

penyelaras telah dikemukakan pada 30 April 2012 kepada

pegawai penyelaras yang berkenaan di mana kebanyakan

projek berakhir di antara April-Mei 2012.

Peralatan ICT bagi Parlimen Jempol telah didaftarkan dan

diserahkan kepada pihak MOSTI pada 25 Julai 2012.

Kementerian telah memutuskan supaya peralatan ICT ini

disumbangkan kepada sekolah yang telah dikenal pasti dan

agihan akan dibuat sebelum 30 September 2012.

Senarai sekolah yang bakal menerima peralatan ICT tersebut

adalah:-

1. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP

Labu);

2. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (SBPI

Gombak);

3. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP

Kajang);

4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SBPI

Rawang);

5. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SMSHS);

6. Rumah Amal Baitul Barokah Wal Mahabbah; dan

7. Rumah Amal Buah Hatiku.

Sehingga kini 5 buah sekolah telah menerima peralatan ini,

manakala agihan kepada 2 sekolah lagi akan dibuat sebelum

30 September 2012.

214

214

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!