02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

28.5.2.2.c.iv

28.5.2.2.c.v

Penyaluran peruntukan perlu dibuat kepada kolaborator/agensi pelaksana dan

pihak komuniti hanya menerima teknologi yang dibekalkan. Semakan Audit

mendapati penyaluran peruntukan telah dibuat oleh MOSTI secara terus kepada

entiti bagi Projek Penghasilan Minyak Kelapa Dara di DUN Matunggong yang

berjumlah RM100,000. Berdasarkan semakan di Kementerian, pembayaran ini

dibuat kepada Syarikat JS Coconut Enterprise kerana pelaksanaan projek akan

diuruskan sendiri oleh syarikat berkenaan. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat

mengesahkan jumlah sebenar perbelanjaan yang telah dibuat oleh syarikat tersebut

memandangkan maklumat mengenainya tidak dapat dikemukakan oleh MOSTI bagi

tujuan semakan.

Bagi projek K-Masjid di Masjid Jamek Paloh, pihak Audit dimaklumkan oleh pegawai

penyelaras bahawa penerimaan wang bagi penyelarasan projek ini serta

pendapatan daripada K-Centre (komponen projek di bawah K-Masjid iaitu

perkhidmatan Kafe Siber yang terletak di kawasan masjid) telah dimasukkan ke

dalam akaun bank persendirian beliau. Pendapatan daripada caj sewaan

penggunaan Internet dan peralatan ICT K-Centre serta jumlah sebenar

perbelanjaan projek tidak dapat disahkan oleh pihak Audit kerana rekod

berkenaannya tiada dalam simpanan beliau. Beliau memaklumkan kesemua rekod

tersebut hilang pada 12 November 2011 dan laporan kehilangannya hanya dibuat

pada 14 November 2011 iaitu sehari sebelum lawatan fizikal Audit dijalankan.

Bagaimanapun berdasarkan pengesahan daripada agensi/ kolaborator projek,

laporan kewangan tidak pernah disediakan dan dikemukakan oleh pegawai

penyelaras K-Centre tersebut untuk semakan agensi sejak projek dilaksanakan.

Pada pendapat Audit, penyimpanan wang di dalam akaun persendirian tanpa

pemantauan berkala dari agensi pelaksana boleh mendedahkan kepada risiko

penyelewengan.

Ketiga-tiga pengusaha telah beroperasi sepenuhnya bermula

30 Jun 2012. Pengusaha Nangka telah dijadikan Pusat Inkubator

Minyak Kelapa Dara Tempatan dan telah menjana pendapatan

untuk pengusaha tempatan.

Surat bertarikh 2 April 2012 kepada wakil pejabat Ahli Parlimen

Sembrong telah dikemukakan oleh MIMOS Berhad (MIMOS) di

mana MIMOS menyarankan agar pegawai penyelaras tersebut

diganti dan perjumpaan bersama wakil pejabat Ahli Parlimen

bagi membincangkan perkara ini diadakan. Namun, tiada

maklum balas positif terhadap segala usaha MIMOS bagi

perbincangan yang dicadangkan sehingga tempoh projek

berakhir pada 22 Mei 2012.

Kontrak pegawai penyelaras telah tamat pada 22 Mei 2012

selaras dengan tarikh projek berakhir.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, agensi telah menyarankan supaya pegawai

penyelaras ditukar. Namun, tindakan selanjutnya masih belum dibuat.

Pada pendapat Audit, agensi pelaksana hendaklah memastikan proses

pembayaran perlu dibuat selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Pembayaran yang dibuat juga perlu meliputi skop kerja yang telah dilaksanakan

dengan sempurna bagi memastikan komuniti mendapat manfaat daripada projek

dan kepentingan Kerajaan terjamin. Selain itu, pegawai penyelaras hendaklah

menyediakan rekod kewangan seperti yang ditetapkan.

211

211

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!