02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

28.5.2.2.c.ii

28.5.2.2.c.iii

Semakan Audit mendapati pembayaran gaji dan kos pentadbiran berjumlah RM1.04

juta masih dibuat. Ia juga tidak mendapat kelulusan MOSTI.

Pada pendapat Audit, agensi pelaksana hendaklah memastikan kontraktor

melaksanakan kerja yang telah diarahkan dengan sempurna seperti yang termaktub

di dalam kontrak perjanjian. Selain itu, MOSTI juga hendaklah memastikan segala

perbelanjaan yang dibuat oleh agensi dan kontraktor adalah selaras dengan Garis

Panduan yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan Kerajaan.

Semakan Audit mendapati sehingga 30 September 2011, enam projek bernilai

RM0.49 juta telah dibuat pembayaran walaupun pakej peralatan dan latihan

herbaponik masih belum dibekalkan oleh pihak kontraktor. Semasa lawatan Audit

ke Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Gajah Pasir,

Sungai Rambai, Melaka, pihak komuniti memaklumkan masih belum menerima

sepenuhnya set herbaponik seperti biji benih, anak ikan (bagi tujuan menghalang

pembiakan jentik-jentik di takungan) serta latihan sebagaimana yang dinyatakan

dalam invois. Bagaimanapun, pihak Audit menghadapi kesukaran mengesahkan

jenis peralatan sebenar yang dibekalkan dan tarikh penerimaannya kerana Nota

Penghantaran tidak disediakan oleh pembekal. Kesannya, hanya 160 daripada 208

takungan herbaponik yang dibekalkan telah digunakan. Selain itu, projek tersebut

sukar diuruskan kerana tanaman herbaponik di kawasan tersebut adalah tidak

sesuai kerana mudah dinaiki air dan berlumpur. Semakan Audit selanjutnya

mendapati baucar bayaran yang telah disediakan oleh Malaysian Herbal

Corporation (MHC) tidak menyatakan butiran pembayaran projek yang terlibat

dengan jelas dan terperinci. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat membuat

pengesahan tarikh pembayaran terhadap 6 projek tersebut memandangkan MHC

tidak lagi beroperasi disebabkan masalah kewangan.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, kelewatan penghantaran adalah berpunca

daripada masalah dalaman yang dihadapi oleh MHC. Bagaimanapun, Kementerian

telah melantik Agensi Nuklear Malaysia (ANM) untuk mengambil alih tugas MHC

sebagai agensi pelaksana dan memantau projek herbaponik.

210

210

Prosedur TPM menetapkan bahawa setiap aktiviti syarikat yang

bersifat perkhidmatan perundingan, penggunaan tenaga kerja

dari seluruh struktur organisasinya perlu diambil kira sebagai

“manpower time cost” yang menyumbang kepada “pelaksanaan

projek tersebut secara langsung dan tidak langsung”.

TPM telah dilantik untuk menguruskan lima teknologi yang

diaplikasikan untuk Program TAPMOSTI@COMMUNITY bernilai

RM5.64 juta. Ianya meliputi 48 komuniti di seluruh Malaysia

serta mengambil masa pelaksanaan yang melebihi satu tahun.

Aktiviti ini tentu melibatkan “manpower time cost” yang tinggi dan

penglibatan tenaga kerja pelbagai peringkat dari pihak

pengurusan syarikat kepada kakitangan operasi.

Bagi MDeC, pembayaran ini telah dijelaskan dalam Financial

Report dan Laporan Akhir yang telah dikemukakan pada

19 Ogos 2011 di mana MDeC telah mencatat Project

Management sebagai salah satu daripada perkhidmatan yang

dibayar. Pembayaran ini merupakan sebahagian kos perunding

dari segi penyelenggaraan projek.

Enam projek herbaponik yang dimaksudkan telah berjaya

dilaksanakan di bawah pemantauan Kementerian dan ANM

pada 3 Ogos 2011. Sehingga kini MHC masih gagal untuk

mengembalikan semula peruntukan kepada Kementerian.

Kementerian telah mengeluarkan notis tuntutan kepada MHC

pada 8 Ogos 2012 supaya mengembalikan peruntukan dalam

masa 14 hari iaitu selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2012.

Sekiranya MHC masih gagal mengembalikan peruntukan

tersebut, MOSTI akan mengambil tindakan undang-undang ke

atas MHC.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!