02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Program TAPMOSTI@COMMUNITY mendapati semua perjanjian yang dibuat

antara MOSTI, agensi dan komuniti menggunakan Bahasa Inggeris sahaja.

28.5.2.2.b.ii

28.5.2.2.c.i

MIGHT-METEOR Advanced Manufacturing Sdn. Bhd. (MIGHT-METEOR) tidak

menyediakan perjanjian kontrak dengan pihak pembekal bagi tujuan pembelian

peralatan. Agensi tersebut hanya mengeluarkan Letter of Undertaking kepada

pembekal bagi tujuan penghantaran peralatan dan bayaran.

Perjanjian antara Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (TPM) dan TPM

Engineering Sdn. Bhd. (TPME) bagi tujuan pembekalan set enjin sangkut inovasi

tidak disediakan. Pihak Audit juga tidak dapat memastikan sama ada Letter of

Undertaking telah dikeluarkan kepada TPM Engineering Sdn. Bhd. kerana ia tidak

dikemukakan kepada pihak Audit. Pihak Audit selanjutnya tidak dapat

mengesahkan bilangan set enjin sangkut inovasi ini yang sepatutnya dibekalkan

oleh TPM Engineering Sdn. Bhd. dengan kos pembelian peralatan berjumlah

RM4,436,640 kerana tiada maklumat terperinci mengenainya.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, perjanjian kontrak yang telah diterjemahkan ke

dalam Bahasa Melayu masih dalam peringkat semakan oleh Penasihat Undangundang

Kementerian (PUU).

Pada pendapat Audit, perjanjian kontrak perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa

Melayu bagi memastikan ia dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat selaras

dengan keputusan mesyuarat. Kementerian juga perlu memastikan terma dan

syarat kontrak dipatuhi bagi memastikan kepentingan Kerajaan dan pihak yang

memeterai perjanjian terjamin.

Pembayaran Projek

Semakan Audit mendapati 61 (33.2%) daripada 184 projek (meliputi 15 kawasan

Parlimen dan 46 kawasan DUN) telah melebihi kuantum yang ditetapkan antara

RM30,000 hingga RM150,000.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, memandangkan sambutan yang

memberangsangkan, Kementerian telah meneliti kos yang dipohon dan meminda

kepada amaun mengikut keperluan sebenar komuniti seperti yang diluluskan.

Kuantum baru telah ditetapkan pada tahap RM150,000 untuk kawasan Parlimen

dan RM50,000 untuk kawasan DUN di Semenanjung serta RM100,000 untuk

kawasan DUN di Sabah dan Sarawak (faktor jarak jauh dan kos pengangkutan).

Pindaan turut dibuat di dalam Garis Panduan Permohonan Program

TAPMOSTI@COMMUNITY dari segi kuantum permohonan.

MIGHT-METEOR dan TPM merupakan Government Owned

Company (GOC) dan tidak terikat dengan tatacara kewangan

Kerajaan dan mempunyai Standard Operating Procedure (SOP)

sendiri dalam menguruskan tender dengan pembekal yang

dilantik.

Tatacara kewangan MIGHT-METEOR menyatakan adalah

memadai mengeluarkan Letter of Undertaking (LOU) kepada

pembekal sebagai bukti komitmen kerja pembekalan dibuat.

Tatacara kewangan TPM menyatakan adalah memadai

mengeluarkan Nota Belian (PO) sebagai bukti komitmen kerja

pembekalan. Dalam hal ini, TPME merupakan 100% anak

syarikat penuh TPM dan adalah dalam kawalan TPM

sepenuhnya. Nota Belian (PO) ini menggantikan Letter of

Undertaking (LoA) sepertimana yang dinyatakan oleh pihak

Audit.

Merujuk kepada kos pembelian berjumlah RM4,436,640.00,

bilangan enjin sangkut inovasi yang dibekalkan oleh TPME

adalah sebanyak 464 unit.

Kementerian telah menetapkan kuantum baru di awal

pelaksanaan program setelah mengenal pasti keperluan sebenar

peruntukan seperti berikut:-

i) RM150,000 - kawasan Parlimen;

ii) RM50,000 - kawasan DUN di Semenanjung; dan

iii) RM100,000 - kawasan DUN di Sabah dan Sarawak.

Pindaan Garis Panduan Permohonan Program

TAPMOSTI@COMMUNITY dari segi permohonan melebihi

kuantum telah diluluskan oleh Kementerian pada

21 Oktober 2011.

209

209

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!