02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Berdasarkan maklum balas MOSTI, hasil kajian penilaian outcome program

TAPMOSTI@COMMUNITY telah dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan

MOSTI pada 23 Mei 2012 dan satu task force telah ditubuhkan untuk meneliti isu

dan penyelesaian daripada hasil kajian ini.

28.5.2.1 Penentuan Golongan Sasaran

Pada pendapat Audit, MOSTI dan agensi yang dilantik seharusnya memastikan

projek disalurkan untuk kegunaan komuniti yang layak dan bukannya diperoleh oleh

komuniti/individu tertentu sahaja agar selaras dengan objektif asal program yang

telah ditetapkan. Dalam mengambil kira asas/kriteria pemilihan, MOSTI seharusnya

mengguna pakai maklumat pangkalan data mengenai golongan/komuniti miskin

seperti eKasih yang dibangunkan di peringkat nasional bagi membantu merancang,

melaksana dan memantau program kemiskinan.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, sekiranya program ini diteruskan pada masa

hadapan, pihak Kementerian akan mengambil kira penglibatan/pandangan agensi

serta menggunakan data eKasih sebagai kriteria pemilihan untuk penerima

teknologi. Selain itu, bagi menambah baik aspek pemantauan, pegawai dari Unit

Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan agensi lain yang berkaitan akan dilibatkan

bagi tujuan tersebut.

Kementerian telah menetapkan agar Program

TAPMOSTI@COMMUNITY dikhaskan untuk kawasan Parlimen

dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu dan seterusnya

pemilihan entiti ditentukan sendiri oleh MP/ADUN sendiri.

Pada masa akan datang, Kementerian akan menambah baik

proses pemilihan entiti yang dipilih oleh MP/ADUN dengan

mengguna pakai maklumat dalam pangkalan data eKasih

sebagai salah satu kriteria selain melibatkan pegawai dari Unit

Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan agensi lain untuk tujuan

pemantauan.

28.5.2.2.a.ii

Permohonan dan Kelulusan Program

Semakan Audit mendapati sungguhpun Projek Pintar Learning tidak tergolong

dalam teknologi yang disenaraikan, namun tiada sebarang penilaian permohonan

projek dibuat oleh Kementerian. Semakan selanjutnya mendapati tarikh kelulusan

bagi tiga projek adalah lebih awal berbanding tarikh permohonan diterima.

Manakala bagi satu projek di Sekolah Kebangsaan (SK) Karamunting, Batu Sapi,

Sabah telah diluluskan pada 9 November 2010 tetapi tiada tarikh permohonan

diterima.

Permohonan tiga projek yang diluluskan lebih awal dari tarikh

permohonan diterima adalah disebabkan keperluan mendesak di

kawasan berikut:-

i) Sibu, Sarawak;

ii) Batu Sapi, Sabah; dan

iii) Galas, Gua Musang, Kelantan.

Pada pendapat Audit, MOSTI haruslah memastikan setiap permohonan dan

kelulusan projek dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, kelulusan tiga projek lebih awal dari tarikh

permohonan diterima adalah disebabkan keperluan mendesak yang tidak dapat

dielakkan.

28.5.2.2.b.i

Perjanjian Projek

Mesyuarat Membincangkan Dokumen Perjanjian TAPMOSTI@COMMUNITY pada

21 September 2009 memutuskan dokumen perjanjian perlu diterjemahkan ke dalam

Bahasa Melayu agar isi kandungan perjanjian dapat difahami oleh semua peringkat

masyarakat. Semakan Audit terhadap perjanjian kontrak bagi projek di bawah

Kementerian telah menggunakan perjanjian kontrak yang telah

diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu di Kementerian bagi

Dana InnoFund bermula pada 28 Jun 2012.

208

208

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!