02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

Perenggan 28 : Pengurusan Program Aplikasi Teknologi Kepada Komuniti (TAPMOSTI@COMMUNITY)

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

28.5.1.1 Pencapaian Output Projek

Semakan Audit mendapati sebanyak sembilan (34.6%) daripada 26 projek tersebut

gagal disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan kelewatan antara

73 hingga 467 hari.

Berdasarkan maklum balas MOSTI, kegagalan penyiapan projek dalam masa

ditetapkan disebabkan antaranya oleh penambahbaikan kepada teknologi mengikut

keperluan entiti penerima, kekurangan atau ketiadaan kerjasama/komitmen

daripada Ahli Parlimen (MP)/Ahli Dewan Undangan (ADUN)/entiti terlibat dan

proses pencarian premis projek yang sesuai.

Kelewatan dalam pelaksanaan projek berlaku atas beberapa

faktor yang tidak dapat dielakkan iaitu:-

i) Penambahbaikan teknologi mengikut keperluan entiti;

ii) Pencarian premis yang sesuai oleh entiti; dan

iii) Kekurangan/ketiadaan komitmen daripada entiti/MP/ADUN

terlibat.

28.5.1.2 Pencapaian Kewangan Projek

Semakan Audit terhadap 26 projek yang dipilih mendapati perbelanjaan melebihi

peruntukan yang disalurkan bagi tiga projek (11.5%); perbelanjaan antara 91.7%

hingga 100% bagi 10 projek (38.5%) dan perbelanjaan antara 60.2% hingga 89.3%

bagi 10 projek. Manakala tiada maklumat berhubung jumlah perbelanjaan bagi baki

tiga projek (11.5%).

Bagi perbelanjaan yang melebihi peruntukan yang disalurkan,

agensi menggunakan peruntukan dalaman untuk menampung

lebihan perbelanjaan tersebut. Manakala, bagi perbelanjaan

yang kurang dari 100%, Kementerian telah mengemukakan

surat meminta agensi untuk mengembalikan lebihan peruntukan

pada 7 Mei 2012. Sehingga kini, Multimedia Development

Corporation (MDeC) telah mengembalikan sejumlah RM2,661.49

kepada Kementerian pada 24 Mei 2012 dan agensi-agensi lain

akan mengembalikan lebihan peruntukan kepada Kementerian

sebelum 30 September 2012.

28.5.1.3.b

Pencapaian Outcome Projek

Semakan Audit selanjutnya mendapati sehingga bulan November 2011 kajian

semula terhadap projek yang dilaksanakan di bawah program ini tidak pernah

dibuat. Bagaimanapun, selaras dengan keputusan mesyuarat penilaian outcome

bagi program ini pada 6 Disember 2011, MOSTI memaklumkan bahawa 100 projek

telah dipilih untuk dibuat penilaian outcome dan meminta agar agensi pelaksana

turun padang bagi mendapatkan maklum balas kaji selidik daripada entiti dan

komuniti bermula daripada 13 Disember 2011 sehingga 11 Januari 2012.

207

207

Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Dana Bil. 6/2012 pada

16 Julai 2012 telah memutuskan supaya Jawatankuasa Task

Force Penilaian Outcome dibentuk setelah Program Inovasi

Inklusif berjalan kerana Program TAPMOSTI@COMMUNITY

merupakan sub-program di bawah program ini.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!