02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

2.2.2.2.c

Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Badan Berkanun

Semakan Audit mendapati sebanyak 61 (68.5%) daripada 89 pinjaman yang

disalurkan kepada Badan Berkanun mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman

berjumlah RM1.57 bilion pada akhir tahun 2011 iaitu berkurangan sejumlah

RM27.90 juta (1.7%) berbanding dengan tahun 2010. Tempoh tunggakan adalah

antara satu hingga 19 tahun. Pengurangan tunggakan pinjaman Badan Berkanun

ini antaranya disebabkan pengambilalihan, hapus kira dan penjadualan semula

bayaran balik pinjaman serta pembayaran tunggakan pinjaman tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya, bayaran balik pada tahun 2011 adalah berjumlah RM101.16

juta berbanding dengan anuiti berjumlah RM253.64 juta yang sepatutnya dibayar

balik.

Adalah didapati sejumlah RM1.23 bilion (78.3%) daripada keseluruhan jumlah

tunggakan melibatkan pinjaman oleh Perbadanan Aset Keretapi dan Lembaga Air

Perak. Semakan Audit juga mendapati Perbadanan Aset Keretapi mempunyai

tunggakan yang tertinggi iaitu berjumlah RM1.08 bilion.

Maklum Balas Perbendaharaan Malaysia Yang Diterima Pada 24 Mei 2012

Kementerian Pengangkutan perlu memohon peruntukan bagi menghapus kira baki

pinjaman Perbadanan Aset Keretapi. Perbendaharaan Malaysia turut memaklumkan

Lembaga Pembangunan Langkawi telah membuat penyelesaian awal baki pokok

pinjaman pada tahun 2012 dan baki faedah pinjaman telah diluluskan untuk dihapus

kira. Manakala pinjaman Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah akan dijadualkan

semula dan dijangka selesai pada bulan Disember 2012.

Badan Berkanun

Tindakan

Perbadanan Aset

Keretapi

MOT perlu menyediakan peruntukan

hapus kira sehingga baki pinjaman

selesai.

Lembaga Air Perak Lembaga Air Perak telah

menandatangani

perjanjian

penstrukturan semula perkhidmatan

bekalan air Negeri Perak pada 23

Mei 2012. Sehubungan itu pinjaman

akan diambil alih oleh Pengurusan

Aset Air Berhad (PAAB)

Lembaga Kemajuan

Kelantan Selatan

DARA

Surat peringatan 3 pada 30 Ogos

2012.

Agensi akan mengemukakan senarai

perjanjian pinjaman untuk cadangan

hapus kira.

TDK – telah membuat bayaran balik

berjumlah RM6,632,364.68 pada

25 Julai 2012.

Pahangbif – surat penyelarasan baki

pinjaman telah dikemukakan kepada

JANM pada 6 Ogos 2012.

KEDA Surat peringatan 3 pada 29 Jun

2012. Bayaran balik telah dibuat

selepas tarikh anuiti matang.

2.2.2.2.d

Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Pihak Berkuasa Tempatan

Pada akhir tahun 2011, tunggakan pinjaman Pihak Berkuasa Tempatan adalah

berjumlah RM509.44 juta berbanding RM501.31 juta pada akhir tahun 2010. Adalah

didapati hanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Pulau

Pinang membuat bayaran berjumlah RM8.78 juta pada tahun 2011, manakala

Majlis Perbandaran Seberang Perai langsung tidak membuat bayaran. Tempoh

tunggakan bayaran balik adalah antara 18 hingga 24 tahun. Kesemua tunggakan

pinjaman oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah merupakan tunggakan bagi Projek

Pembetungan yang mana pinjaman ini akan diambil alih oleh Indah Water

Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

9

9

Hapus kira pinjaman dijangka akan diselesaikan dalam bulan

Disember 2012.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!