02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

27.6.1 Syor Audit

floodgate tersebut telah disiapkan dan kerja-kerja pembinaan

dijangka bermula pada minggu ketiga bulan Ogos 2012 dan

akan siap pada penghujung bulan Oktober 2012.

Lesson learned – Perunding hidraulik dan hidrologi dan

perunding struktur jambatan tidak sepatutnya dilantik berasingan

oleh kontraktor. Ini adalah supaya tanggungjawab reka bentuk

jambatan diletakkan di bawah satu perunding sahaja.

Memastikan proses pengambilan tanah dan pemindahan setinggan diberi

penekanan terutama semasa dalam fasa perancangan projek Kementerian akan

datang supaya Kerajaan tidak perlu menanggung kos tambahan akibat daripada

kelulusan lanjutan masa. Sehubungan itu, norma masa untuk proses penyelesaian

pengambilan tanah dan pemindahan setinggan hendaklah ditetapkan dalam

tempoh yang munasabah dan praktikal.

Kementerian bersetuju bahawa penekanan harus diberikan

terhadap proses pengambilan tanah dan pemindahan setinggan

ketika dalam fasa perancangan.

Bagi menyelesaikan isu pengambilan tanah untuk projek akan

datang, Kementerian telah memutuskan supaya bagi projek

yang melibatkan jajaran, 50% daripada jumlah pengambilan

tanah perlu diselesaikan sebelum pelantikan kontraktor

dilaksanakan bagi sesuatu projek tersebut. Untuk mengenal

pasti jajaran dan pengambilan tanah yang terlibat, kaedah BIM

akan digunakan.

Kementerian telah menggunakan kaedah yang dicadangkan di

atas bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Gemas ke

Johor Bahru. Proses pengambilan tanah untuk projek tersebut

dilaksanakan sebelum pelantikan kontraktor dilaksanakan.

Kaedah pelaksanaan yang digunakan dalam pelaksanaan projek

ini dikenali sebagai kaedah design and build hybrid.

27.6.2 Memastikan syarat kontrak pembinaan pada masa depan tidak mempunyai syarat

pengurangan Gantirugi Yang Ditentukan dan Ditetapkan (LAD) kecuali kontrak

membenarkan Kerajaan mengambil alih sebahagian daripada projek melalui

Sijil Perakuan Pendudukan Separa.

27.6.3 Memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat IRCON supaya

melaksanakan tindakan pembaikan terhadap masalah/kecacatan setiap NCR

dalam tempoh yang ditetapkan. Ini bagi memastikan kerja pembinaan berkualiti

dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta memastikan IRCON mematuhi

syarat kelulusan EIA.

Kementerian akan memastikan syarat pengurangan LAD tidak

dimasukkan dalam kontrak pembinaan pada masa depan

sekiranya kontrak tidak membenarkan Kerajaan mengambil alih

sebahagian daripada projek melalui Sijil Perakuan Pendudukan

Separa.

Pemantauan yang tegas oleh Kementerian dan PMC sedang

dilaksanakan bagi memastikan kontraktor melaksanakan kerjakerja

pembinaan dengan baik dan mengikut spesifikasi yang

ditetapkan. Selain itu, Kementerian juga memantau kerja-kerja

Firma Perunding Pengurusan Projek (PMC) bagi memastikan

PMC melaksanakan tugas seperti yang termaktub dalam

perjanjian PMC dengan Kerajaan.

205

205

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!