02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) bagi projek tersebut dikeluarkan.

Sehubungan itu, kontraktor telah memohon supaya tuntutan

yang disertakan dengan dokumen sokongan dikemukakan

secara berperingkat.

Setakat ini hanya dokumen berkaitan pelanjutan insurans dan

bon jaminan (preliminaries) telah diterima oleh KLIACS pada

19 Julai 2012 dan didapati ia dalam keadaan teratur. Dokumen

berkaitan kos pengurusan dan kos penyeliaan perunding yang

ditanggung oleh IRCON masih di dalam semakan KLIACS.

Dokumen-dokumen lain belum diterima.

27.5.2.1 Kelewatan Pengambilan Tanah

Pada pendapat Audit, penyelesaian pengambilan tanah dalam tempoh 9 bulan

adalah tidak praktikal kerana proses pengambilan tanah agak rumit serta

melibatkan pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Negeri dan Jabatan Ketua

Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Oleh itu, proses ini sepatutnya diberi

penekanan terutama semasa dalam fasa perancangan projek supaya Kerajaan

tidak perlu menanggung kos tambahan akibat daripada kelulusan lanjutan masa

projek.

(Surat-surat tuntutan pihak IRCON:

1. IRCON/9030/MAL.SGDT/KLIA/GC/6.01/898 bertarikh

21 Jun 2012;

2. IRCON/9030/MAL.SGDT/KLIA/GC/6.01/913 bertarikh

25 Jun 2012; dan

3. IRCON/9030/MAL.SGDT/KLIA/GC/6.01/1016 bertarikh

19 Julai 2012)

Keseluruhan proses pengambilan tanah untuk projek ini telah

selesai. Jumlah lot yang telah diambil adalah sebanyak 966 lot di

mana 889 lot persendirian dan 77 lot tanah kerajaan.

Projek ini dilaksanakan melalui kaedah reka dan bina.

Sehubungan itu, proses pengambilan tanah hanya boleh

dilaksanakan selepas reka bentuk jajaran disiapkan oleh pihak

kontraktor. Setelah reka bentuk disiapkan, kelulusan daripada

pihak berkuasa tempatan [Majlis Daerah, Jabatan Kerja Raya

(JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)] perlu diperolehi

terutamanya untuk pembinaan Road Over Bridge (ROB), Road

Under Bridge (RUB) serta parit dan saliran sebelum

pengambilan tanah boleh dilaksanakan.

Bagi menyelesaikan isu pengambilan tanah untuk projek akan

datang, Kementerian telah memutuskan supaya bagi projek

yang melibatkan jajaran, 50% daripada jumlah pengambilan

tanah perlu diselesaikan sebelum pelantikan kontraktor

dilaksanakan bagi sesuatu projek tersebut. Untuk mengenal

pasti jajaran dan pengambilan tanah yang terlibat, kaedah

Building Information Management (BIM) digunakan.

200

200

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!