02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MOT)

Perenggan 27 : Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Seremban Ke Gemas

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

27.5.1.1 Prestasi Fizikal

Pada pendapat Audit, Projek Seremban-Gemas telah dilaksanakan mengikut

jadual setelah mengambil kira 3 lanjutan masa yang diluluskan. Bagaimanapun,

lanjutan masa tersebut telah mengakibatkan time overrun selama 18 bulan. Akibat

daripada tindakan tegas Kerajaan Negeri Melaka untuk tidak membenarkan

lintasan rata di Tampin ditutup sehingga jalan pintas siap dibina telah menjejaskan

kelancaran pelaksanaan projek dan Kementerian menghadapi masalah tuntutan

IRCON InternationaI Limited, India (IRCON)yang berjumlah RM150 juta.

Seperti yang dimaklumkan dalam Laporan Ketua Audit Negara

tahun 2011, lintasan rata Tampin dijadualkan untuk ditutup pada

bulan November 2010. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri

Melaka membenarkan lintasan rata tersebut ditutup pada

4 November 2011 apabila jalan pintas yang separa siap dibuka

untuk kegunaan orang ramai.

Kerja-kerja pembinaan jalan pintas telah siap sepenuhnya pada

25 Mei 2012.

IRCON telah mengemukakan tuntutan loss and expenses

berdasarkan kelewatan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak

IRCON masih belum mengemukakan kesemua dokumen

sokongan bagi membuktikan kerugian yang telah dialami oleh

pihaknya.

27.5.1.2 Prestasi Kewangan

Pada pendapat Audit, prestasi kewangan bagi projek ini adalah baik di mana

98.7% daripada keseluruhan peruntukan berjumlah RM2.924 billion telah

dibelanjakan setakat akhir tahun 2011. Bagaimanapun, kos projek akan meningkat

berikutan lanjutan kontrak serta tuntutan loss and expenses berjumlah RM150 juta

daripada IRCON yang kini masih dalam semakan KLIA Consultancy Services

Sdn. Bhd. (KLIACS).

Kontraktor telah mengemukakan tuntutan loss and expenses

berjumlah RM150 juta pada 16 Mac 2012 kepada KLIACS.

Walau bagaimanapun, tuntutan tersebut tidak disertakan dengan

dokumen-dokumen sokongan seperti baucar, resit pembayaran,

pengiraan serta penjelasan yang terperinci. Sehubungan itu,

kontraktor telah diminta untuk mengemukakan semula semua

dokumen sokongan yang terlibat berhubung tuntutan loss and

expenses yang dikemukakan melalui surat KLIACS bertarikh

4 Julai 2012.

Mengikut klausa 50.0 dalam Conditions of Contract bagi projek

ini, kontraktor dibenarkan untuk mengemukakan tuntutan loss

and expenses selewat-lewatnya dalam tempoh 90 hari selepas

199

199

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!