02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

26.5.3.1 Approved Technical Specification dan Permanent Way Manual (PWM)

kerja yang telah siap sebelum pengeluaran Sijil Siap

kerja (CPC).

Untuk projek-projek akan datang, had maksimum tanggungan

liabiliti yang boleh dituntut oleh Kerajaan tidak akan ditetapkan.

Pada pendapat Audit, PWM sepatutnya dimuktamadkan dengan kadar segera

kerana ianya diperlukan untuk tugas pemantauan kerja dan tanpa dokumen

berkenaan, pihak PMC akan menghadapi masalah untuk memastikan kerja

pembinaan adalah memenuhi piawaian antarabangsa.

Permanent Way Manual (PWM) adalah untuk kegunaan

pengurusan penyelenggaraan oleh KTMB setelah projek

disiapkan. PWM hanya diperlukan sebelum landasan baru

ditauliahkan keseluruhannya.

MGJV akan memulakan penyediaan Manual pada 15 September

2012 di mana mereka akan melantik perunding pakar untuk

membantu mereka.

Pengemukaan draf pertama PWM oleh MGJV dijadualkan pada

13 Disember 2012 surat ruj. Bil(35)dlm.KTMB/PMD/ PRO/DTP

IP-PB 001-33.8 bertarikh 20 Februari 2012.

26.5.3.2.a.i

Keretakan Pada Permukaan Dinding Terowong

Pada pendapat Audit, MGJV perlu mengemukakan rekod siasatan dan kajian

menyeluruh berkaitan masalah keretakan pada permukaan dinding terowong untuk

makluman Audit serta memberi jaminan bertulis bahawa isu keretakan tidak

berulang.

Laporan rekod siasatan dan kajian masalah keretakan pada

dinding terowong tersebut telah dikemukakan oleh MGJV melalui

surat rujukan DTP/MMCG(HQ)/N1-N8/S1-S32/20.0/L/3464/2012

bertarikh 6 Jun 2012.

MGJV turut mengemukakan jaminan bertulis dalam surat yang

sama rujukan DTP/MMCG(HQ)/N1-N8/S1-S32/20.0/L/3464/2012

bertarikh 6 Jun 2012 dan akan bertanggungjawab terhadap

sebarang keretakan yang telah berlaku seperti di atas dan di

masa-masa akan datang, jika ada, di mana kerja-kerja

pembaikan dilaksanakan sepertimana yang diperuntukkan dalam

kontrak tanpa sebarang lanjutan masa dan kos tambahan

kepada Kerajaan melalui surat di atas.

26.5.3.2.a.ii

Kesan Resapan Air Di Dinding Terowong

Pada pendapat Audit, kaedah penyelesaian yang dinyatakan bukanlah

penyelesaian jangka panjang kerana resapan air di dinding terowong akan berulang

dan hanya disalurkan melalui paip PVC dalam saluran kabel. Sehubungan itu,

masalah resapan air seharusnya diberi penekanan serius kerana ia berlaku semasa

projek masih dalam peringkat pembinaan.

Terowong Bukit Larut telah direkabentuk berdasarkan kepada

drain tunnel. Konsep ini melibatkan paip-paip PVC menyalurkan

air resapan kepada paip di bahagian tengah terowong. Terdapat

keadaan di mana sesetengah paip tersumbat dan menyebabkan

resapan air di dinding terowong. Namun begitu, masalah

resapan air ini dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah

194

194

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!