02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

26.5.2.4 Pelantikan Kontraktor

seperti dalam Laporan Audit.

ii. pihak audit telah menyatakan Kementerian telah membuat

lebihan bayaran sebanyak RM4.32 juta kepada Kerajaan

Negeri Perak berdasarkan pengiraan berikut (706 setinggan

– 457 setinggan) x RM17,346. Pengiraan ini adalah tidak

tepat kerana bilangan 706 adalah merupakan jumlah lot

tanah dan bukannya jumlah setinggan (rumah). Setinggan

yang terlibat dengan projek di Perak adalah 463 di mana

bayaran ex-gratia dikeluarkan kepada ketua rumah yang

berdaftar. Bagi kos infrastruktur RPT, Kementerian telah

mengeluarkan pembayaran sebanyak 75% daripada jumlah

keseluruhan RM12.25 juta yang dipohon oleh Kerajaan

Negeri Perak. Baki kos tersebut akan diselaraskan selepas

Kementerian menerima laporan lengkap daripada Kerajaan

Negeri Perak. Kerja-kerja penyiapan RPT terbabit adalah di

bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian,

tiada isu lebihan bayaran sebanyak RM4.32 juta seperti yang

dinyatakan dalam laporan audit.

Sehingga Julai 2012, pembayaran kos infrastruktur adalah

berjumlah RM9.18 juta (25%). Sehingga April 2012, Kerajaan

Negeri Perak hanya berbelanja RM4.7juta daripada RM9.18juta.

Oleh yang demikian, baki 25% kos infrastruktur hanya akan

dibayar apabila peruntukan RM9.18juta dihabis guna oleh

Kerajaan Negeri.

Pada pendapat Audit pelantikan kontraktor yang dibuat tanpa melalui pembidaan

kompetitif mengakibatkan kerajaan mempunyai pilihan yang terhad dalam membuat

perbandingan, penilaian dan pemilihan kontraktor yang berkelayakan.

Pelantikan Kontraktor untuk PLBE Ipoh-Padang Besar adalah

berdasarkan kepada keputusan Kementerian Kewangan kepada

Kementerian Pengangkutan melalui surat ruj.

S/K.KEW/PK/KS/400/190401/18/1678-Jld.2(4) bertarikh

13 Disember 2007.

26.5.2.5.a

Kontrak Lewat Ditandatangani

Pada pendapat Audit, kelewatan menandatangani kontrak berkenaan menyebabkan

kepentingan Kerajaan tidak terjamin sekiranya berlaku pertikaian antara kontraktor

dan Kerajaan.

Proses penyediaan dokumen kontrak sehingga ia ditandatangani

adalah seperti berikut:

i. Surat Setuju Terima telah dikeluarkan pada

13 Disember 2007.

ii. Perbincangan mengenai Kandungan Kontrak telah

dimulakan pada 7 Januari 2008 berdasarkan Syarat-

192

192

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!