02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

26.5.2.1.a

Kelewatan Dalam Pengambilan Tanah

Pada pendapat Audit, kelewatan dalam proses pengambilan tanah yang sepatutnya

diberi penekanan terutama semasa dalam fasa perancangan projek telah

mengakibatkan projek terpaksa diberi lanjutan masa.

Keseluruhan proses pengambilan tanah untuk projek ini telah

selesai. Jumlah lot yang telah diambil adalah sebanyak 3,311 lot

di mana 2,977 lot persendirian dan 334 lot tanah kerajaan.

Projek ini dilaksanakan melalui kaedah reka dan bina.

Sehubungan itu, proses pengambilan tanah hanya boleh

dilaksanakan selepas reka bentuk jajaran disiapkan oleh pihak

kontraktor. Setelah reka bentuk disiapkan, kelulusan daripada

Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah, JKR, JPS) perlu

diperoleh terutamanya untuk pembinaan ROB (road over

bridge), RUB (road under bridge) serta parit dan saliran sebelum

pengambilan tanah boleh dilaksanakan.

Kelewatan juga disebabkan pembentukan EXCO baru di

peringkat Kerajaan Negeri yang berubah di Perak, Pulau Pinang

dan Kedah selepas Pilihan raya Umum ke- 12 pada Mac 2008.

Keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mensyaratkan

supaya proses pengambilan tanah dilaksanakan secara

berperingkat, didahului dengan Seberang Perai Utara. Setelah

ianya diselesaikan, proses pengambilan tanah diikuti dengan

Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dan ini

adalah di luar jangkaan semasa fasa perancangan projek.

Bagi menyelesaikan isu pengambilan tanah untuk projek-projek

akan datang, Kementerian telah memutuskan supaya bagi

projek yang melibatkan jajaran, 50% daripada jumlah

pengambilan tanah perlu diselesaikan sebelum pelantikan

Kontraktor. Untuk mengenal pasti jajaran dan pengambilan

tanah yang terlibat, kaedah-kaedah seperti Building Information

Management (BIM) dan Light Detection And Ranging (LiDAR)

digunakan. Risk Analysis juga dilaksanakan bagi mengenalpasti

potensi risiko di peringkat perancangan.

Kementerian telah menggunakan kaedah di atas bagi Projek

Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Gemas-Johor Bahru.

Proses pengambilan tanah akan dilaksanakan sebelum

pelantikan Kontraktor. Kaedah ini dikenali sebagai design & build

hybrid.

190

190

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!