02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MOT)

Perenggan 26 : Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

26.5.1.1.b

Prestasi Fizikal

Pada pendapat Audit, Projek Ipoh-Padang Besar telah dilaksanakan mengikut

jadual yang dirancangkan setelah mengambil kira 2 lanjutan masa selama 669 hari.

Bagaimanapun, lanjutan masa tersebut telah meningkatkan kos keseluruhan projek

dengan kenaikan yuran perunding yang belum dimuktamadkan oleh Kementerian

sehingga akhir bulan Mac 2012.

Kontrak asal Perunding Pengurusan Projek (PMC) Konsortium

Kinta Samudra – Emenea – Techart (KSET) masih belum tamat

dan hanya akan tamat pada 31 Disember 2012.

Permohonan yuran perunding tambahan bagi lanjutan masa

KSET sedang dinilai dari segi mengoptimumkan bilangan

kakitangan KSET dan input masa akan disemak semula.

Permohonan ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa

Penilaian Perunding Kementerian Pengangkutan dan Lembaga

Tender A untuk kelulusan dalam bulan September 2012.

26.5.1.2 Prestasi Kewangan

Pada pendapat Audit, bayaran untuk Projek Ipoh-Padang Besar adalah teratur

kerana memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam kontrak. Bagaimanapun,

pihak Audit tidak dapat memastikan justifikasi bayaran yuran berjumlah RM10.05

juta untuk memproses bayaran interim yang sebenarnya dibuat oleh KSET, KTMB

dan Kementerian. Selain itu, pihak Audit juga tidak dapat menentukan sama ada

bayaran perkhidmatan nasihat kewangan berjumlah RM1.06 juta adalah pada kadar

yang kompetitif kerana Kementerian tidak mengeluarkan tawaran kepada bankbank

lain.

Yuran pemprosesan dan bayaran perkhidmatan nasihat

kewangan adalah sebahagian daripada syarat-syarat yang

termaktub dalam Skim Pembayaran Tertangguh di antara

Kementerian Kewangan, Bank Pembangunan Malaysia Berhad

(BPMB) dan MMC-Gamuda Joint Venture (MGJV). Pelantikan

BPMB sebagai Lead Lender dilakukan oleh Kementerian

Kewangan melalui surat Kementerian Kewangan ruj.

KK/BPKA/D3(S)/627/398/1-1 bertarikh 30 Januari 2009.

RM10.05 juta adalah yuran memproses pinjaman yang

dikenakan oleh BPMB (0.15% X RM6.7 bilion). Yuran

pemprosesan ini akan dibayar kepada pihak bank bagi setiap

tuntutan bayaran kemajuan.

189

189

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!