02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

25.5.2.2 Pembayaran Terhadap Kontraktor Menggunakan Peruntukan AP 58 (a)

menguruskan projek lebih memahami tentang kepentingan

kontraktor menyediakan Bon Pelaksanaan/Wang Jaminan

Pelaksanaan dan Insurans sebelum memulakan kerja.

Adalah didapati bagi tahun 2010, JPJ telah diperuntukkan sejumlah RM22.67 juta

bagi kontrak The Maintenance & Technical Support Services of Computers

(Hardware & Software) and Computer Networking Systems. Sungguhpun demikian,

RM2.43 juta daripada peruntukan tersebut telah digunakan untuk pembayaran

tuntutan Lesen Kenderaan Motor daripada orang awam. Kesannya, peruntukan

bagi pembayaran ke atas kontrak tersebut berkurangan dan menyebabkan 4 invois

daripada kontraktor tidak dapat dijelaskan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh

bil/invois diterima. Sebaliknya, JPJ terpaksa membuat pembayaran bagi 4 invois

untuk bulan November dan Disember 2010 di bawah AP 58(a) pada 21 September

2011. Kelulusan pembayaran ini telah diperoleh dari Kementerian Kewangan pada

17 Ogos 2011 atas alasan peruntukan JPJ tidak mencukupi bagi tahun 2010.

Perkara ini telah berulang sejak tahun 2009 dengan alasan yang sama seperti

tahun 2010.

Pembayaran telah selesai dibuat menggunakan peruntukan

tahun semasa dan JPJ telah memastikan bahawa peruntukan

untuk program ini adalah mencukupi.

Pada pendapat Audit, Kementerian/Jabatan/Agensi perlu memastikan urusan

pembayaran dapat diurus dengan sistematik serta selaras dengan peruntukan

kewangan yang ditetapkan.

25.6 Syor Audit

Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang di masa hadapan,

adalah disyorkan supaya Kementerian mengambil tindakan terhadap perkara

seperti berikut:

i. Memastikan setiap kontrak di Kementerian/ Jabatan/ Agensinya diambil

tindakan untuk disetemkan sewajarnya mengikut undang-undang yang berkuat

kuasa supaya dokumen kontrak boleh diterima sebagai keterangan di

mahkamah jika terdapat sebarang kemungkiran atau pertikaian oleh manamana

pihak.

ii. Memastikan setiap kontrak di Kementerian/Jabatan/Agensinya ditandatangani

dalam tempoh 4 bulan selepas SST dikeluarkan serta memastikan ia lengkap

ditandatangani sebagaimana ketetapan peraturan yang berkuat kuasa.

iii. Memastikan semua terma kontrak seperti Bon Pelaksanaan, penyediaan Akaun

Muktamad dan sebagainya dipatuhi semasa pelaksanaan kontrak.

Mesyuarat Setiausaha Bahagian di Bawah TKSU (O) Bil. 3/2012

telah diadakan pada 11 Jun 2012 supaya sistem pemantauan

kontrak yang telah dibangunkan segera digunakan untuk

mengemaskini maklumat kontrak yang perlu dimasukkan dari

semasa ke semasa oleh pengguna.

Pemantauan berterusan ke atas sistem adalah diperlukan untuk

penambahbaikan sistem dan pengurusan kontrak Kementerian.

Mesyuarat memutuskan agar setiap bahagian melantik pegawai

yang berkenaan untuk diberi akses mengikut keperluan

pengguna bagi melihat/merujuk, mengemaskini data dan

mencetak untuk urusan mentadbir kontrak supaya lebih efisyen

dan berkesan.

Dengan sistem pemantauan kontrak ini, semua terma kontrak

seperti Bon Pelaksanaan, penyediaan Akaun Muktamad dan

sebagainya boleh dipantau secara berterusan dari semasa ke

semasa.

188

188

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!