02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

14 Disember 2010. Semakan Audit selanjutnya mendapati kontrak tersebut yang

dibuat secara rundingan terus adalah merupakan kontrak sambungan dengan

kontraktor yang sama. Bagaimanapun, pihak JPJ tidak dapat memastikan tempoh

sebenar bermulanya kontrak secara rundingan terus tersebut.

Mengikut maklum balas Kementerian, kelewatan SST dikeluarkan adalah

disebabkan masalah memuktamadkan skop kontrak tersebut oleh pihak JPJ dan

Heitech Padu Berhad (HTP); pertambahan sesi rundingan terpaksa diadakan antara

pihak JPJ dan HTP bagi pengurangan kos penyenggaraan dan hanya dipersetujui

selepas draf ke-5 dokumen perjanjian dimuktamadkan; kelulusan mengadakan

perolehan secara rundingan terus hanya diperoleh daripada Kementerian

Kewangan pada 25 Ogos 2010; dan keputusan kelulusan penyambungan Kontrak

Penyenggaraan Sistem Pengkomputeran JPJ oleh Lembaga Perolehan ‘B’ hanya

diperoleh pada 26 November 2010.

Pada pendapat Audit, Kementerian/Jabatan/Agensinya perlu memastikan SST

dikeluarkan sebagaimana ketetapan undang-undang yang berkuat kuasa.

25.5.1.3.a.i

Menandatangani Kontrak

25.5.1.3.a.ii

25.5.1.3.a.iii

Mengikut Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya (Edisi Ketiga), nombor

kad pengenalan dan nama penuh pihak yang menandatangani dokumen kontrak

termasuk saksi hendaklah direkodkan di dalam dokumen tersebut dengan lengkap.

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati maklumat pihak yang menandatangani

kontrak tidak lengkap bagi 8 kontrak.

Semakan Audit mendapati terdapat 8 kontrak yang lewat ditandatangani selepas

SST dikeluarkan. Kelewatan adalah antara 4 hingga 78 hari. Semakan Audit

selanjutnya tidak dapat mengesahkan tarikh kontrak ditandatangani

memandangkan ia tidak dinyatakan dalam dokumen berkenaan.

Mengikut maklum balas Kementerian, kelewatan menandatangani kontrak selepas

SST dikeluarkan adalah berpunca daripada proses memuktamadkan draf dokumen

kontrak kerana Penasihat Undang-undang (PUU) Kementerian dan Agensi

mempunyai kekangan kakitangan dalam penilaian dan semakan draf dokumen

kontrak tersebut. Selain itu, terdapat juga masalah teknikal untuk memuktamadkan

reka bentuk oleh perunding dan kontraktor semasa penyediaan dokumen kontrak.

Semakan Audit pada 15 Mac 2012 mendapati tiada kontrak sambungan

ditandatangani antara JPJ dengan kontraktor berkenaan bagi menjalankan

perkhidmatan tersebut. Lawatan Audit ke Pejabat Teknologi Maklumat JPJ di

Cyberjaya pada tarikh yang sama selanjutnya mendapati perkhidmatan tersebut

masih dijalankan oleh Heitech Padu Berhad dan perkara ini turut disahkan oleh

pihak JPJ. JPJ juga memaklumkan kontrak sambungan yang sepatutnya bermula

185

185

Senarai semak diadakan bagi memastikan Nombor kad

pengenalan penandatangan kontrak dan saksi adalah lengkap.

Kementerian akan memastikan bahawa draf dihantar kepada

PUU dalam masa sehari selepas diterima daripada Agensi/

Jabatan bagi memastikan urusan menandatangani dokumen

kontrak tidak lewat dari 4 bulan selepas SST dikeluarkan.

Maklum balas adalah sama seperti di penemuan audit di

perenggan 25.5.1.3.a.iii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!