02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MOT)

Perenggan 25 : Pentadbiran Kontrak

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

25.5.1.1.a

25.5.1.1.b

Urusan Mematikan Setem

Semakan Audit mendapati 9 sampel kontrak Kementerian, DCA dan KTMB tidak

diambil tindakan sewajarnya iaitu tidak mendapat pengecualian duti setem

mahupun dimatikan setem. Manakala sebanyak 7 kontrak telah dikecualikan

daripada duti setem dan hanya 4 kontrak yang telah menjelaskan duti setem.

Semakan Audit mendapati pengecualian duti setem bagi 6 daripada 7 kontrak yang

telah dikecualikan daripada duti setem tidak disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam

Negeri (LHDN) sebaliknya dibuat oleh Kementerian/Jabatan/Agensinya sendiri.

Mengikut maklum balas Kementerian, dokumen asal kontrak berkenaan telah dicop

pengecualian duti setem dan telah diberikan kepada kontraktor. Manakala dokumen

salinan tidak dicop pengecualian duti setem disimpan oleh Kementerian.

Bagaimanapun, Kementerian akan mengambil langkah mengenal pasti dokumen

kontrak yang tidak dicop pengecualian duti setem dan akan mendapatkan semula

salinan dokumen kontrak asal daripada pihak tertentu untuk simpanan

Kementerian.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memastikan setiap kontrak di

Kementerian/Jabatan/Agensinya diambil tindakan untuk disetemkan sewajarnya

mengikut undang-undang yang berkuat kuasa supaya dokumen kontrak boleh

diterima sebagai keterangan di mahkamah jika terdapat sebarang kemungkiran

atau pertikaian oleh mana-mana pihak.

Selepas setiap dokumen kontrak selesai ditandatangani oleh

Pegawai Pengawal Kementerian, pengecualian duti setem

mahupun urusan pematian setem akan dimasukkan sebagai

syarat yang perlu dipatuhi oleh Jabatan atau Agensi penerima.

Surat arahan telah dikeluarkan pada bulan Julai 2012 kepada

agensi/ jabatan/ wakil pegawai pengawal (SOR) supaya

mengemukakan lima (5) salinan kontrak yang telah

dimatikan/dikecualikan duti setem kepada Kementerian untuk

diagihkan kepada agensi penerima.

25.5.1.2 Surat Setuju Terima

Bagi kontrak The Maintenance & Technical Support Services of Computers

(Hardware & Software) and Computer Networking Systems yang bernilai RM36.80

juta di JPJ, adalah didapati SST hanya dikeluarkan pada 9 Disember 2010 iaitu

selepas 343 hari kontrak berkuat kuasa iaitu pada 1 Januari 2010. SST tersebut

telah dijawab oleh kontraktor iaitu Heitech Padu Berhad pada 10 Disember 2010

dan kontrak telah ditandatangani antara Kerajaan dengan kontraktor pada

Maklum balas adalah sama seperti di penemuan audit

perenggan 25.5.1.2.

184

184

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!