02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

sah laku pendaftaran melebihi 2 tahun. Ini menunjukkan laporan yang dihasilkan

oleh SMK kurang tepat.

Berdasarkan maklum balas, PKK mengakui ketidaktepatan maklumat kontraktor

ada berlaku. Keadaan ini terjadi kerana peralihan sistem daripada Kementerian

Pembangunan Usahawan Dan Koperasi kepada Kementerian Kerja Raya yang

tidak sempurna. Sehubungan itu, pembetulan terhadap modul-modul di dalam

sistem telah dibuat.

mengambil bahagian dalam perolehan Kerajaan. Dalam

hubungan ini, PKK telah mengemaskini Sistem Maklumat

Kontraktor daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Koperasi kepada Kementerian Kerja Raya

Pada pendapat Audit, ketepatan maklumat kontraktor adalah penting supaya agensi

Kerajaan yang menggunakan perkhidmatan ini dapat membuat keputusan yang

tepat terutama berkaitan kontraktor yang akan mengambil bahagian dalam

perolehan Kerajaan.

24.5.2.3 Modal Kontraktor Tidak Dikemaskinikan Dalam Sistem Maklumat Kontraktor

Pegawai proses PKK perlu mengemas kini maklumat modal kontraktor yang terkini

bagi setiap pembaharuan permohonan dalam Sistem Maklumat Kontraktor (SMK).

Berdasarkan temu bual dan semakan fail, pihak Audit mendapati terdapat modal

kontraktor yang baru tidak dikemas kini di Ibu Pejabat PKK dan juga cawangan PKK

Sabah. Berdasarkan maklum balas daripada pihak PKK, semua pegawai proses

PKK telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

PKK bersetuju dengan syor daripada pihak Audit untuk

mengemaskini modal kontraktor baru bagi kontraktor di Negeri

Sabah. PKK Ibu Pejabat telah mengambil maklum isu tersebut

dan tindakan pengemaskinian telah diambil selepas latihan

mengenainya diadakan semasa Mesyuarat Pengarah Negeri

dan Pegawai Kanan pada 1 Mac 2012.

Pada pendapat Audit, PKK perlu mengambil tindakan mengemas kini modal

kontraktor dalam SMK bagi menunjukkan kedudukan sebenar kewangan kontraktor.

24.5.2.4 Kesilapan Pengiraan Modal Kontraktor

Semakan Audit menemui kesilapan dalam pengiraan modal di Ibu pejabat PKK,

Cawangan PKK Wilayah Persekutuan dan Cawangan PKK Sabah. Antara

kesilapannya adalah amaun daripada penyata bank yang silap dimasukkan dalam

pengiraan dan bagi perniagaan perkongsian, amaun akaun ahli kongsi yang diambil

kira tidak mengikut syer masing-masing. Ini disebabkan pegawai proses tidak

memahami cara pengiraan modal yang betul.

Tindakan pembetulan telah dilakukan oleh Ibu Pejabat PKK,

PKK Cawangan Wilayah Persekutuan dan PKK Cawangan

Sabah selepas latihan mengenainya diadakan semasa

Mesyuarat Pengarah Negeri dan Pegawai Kanan pada

1 Mac 2012 tersebut.

Berdasarkan maklum balas PKK, latihan mengenai pengiraan modal kepada semua

pegawai PKK telah dilaksanakan semasa Mesyuarat Pengarah Negeri dan Pegawai

Kanan diadakan pada 1 Mac 2012 di Pulai Spring Johor.

24.5.3 Penilaian Kepuasan Pelanggan - Jabatan/Agensi Kerajaan

Bagi menentukan kepuasan Jabatan/Agensi Kerajaan, sebanyak 9 Jabatan/Agensi

telah diminta memberikan maklum balas mereka melalui satu soal selidik yang

diedarkan oleh pasukan Audit. Hasil daripada soal selidik tersebut mendapati 8

Tindakan mengemaskini maklumat/data dalam Sistem Maklumat

Kontraktor telah dilakukan pada awal bulan Januari 2012

berdasarkan perubahan terhadap piagam pelanggan PKK.

182

182

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!