02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

yuran pembaharuan pendaftaran kepada RM38. Tempoh sah pendaftaran

Kelas F juga telah dipinda dari 2 tahun kepada 3 tahun. Pindaan tersebut dibuat

selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 2005. Namun, tiada arahan

dalam keputusan berhubung kenaikan fee sebaliknya hanya menyentuh

mengenai pertambahan tempoh dari 2 tahun kepada 3 tahun. Bagaimanapun,

pindaan terhadap Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984 masih belum

dilaksanakan bagi mewartakan yuran pendaftaran dan yuran pembaharuan

pendaftaran kontraktor Kelas F yang telah dipinda sejak tahun 2005.

Pada pendapat Audit, PKK tidak sepatutnya meminda yuran dan tempoh sah

pendaftaran yang telah termaktub dalam Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor)

1984 tanpa merujuk kepada Menteri Kewangan terlebih dahulu. Ini kerana

ketetapan untuk merujuk kepada Menteri Kewangan adalah selaras dengan

kehendak Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984 di bawah Akta Fee 1951.

Berdasarkan maklum balas PKK, yuran pendaftaran baru dan yuran pembaharuan

bagi Kelas F dinaikkan dengan mengambil kira lanjutan tempoh sah pendaftaran

dari 2 tahun kepada 3 tahun. Dalam hal ini, yuran pembaharuan pendaftaran yang

baru adalah RM37.50 kerana ditambah RM12.50 kepada RM25. PKK secara

pentadbiran membundarkan jumlah yuran tersebut kepada RM38 bagi

memudahkan pengiraan terutamanya dalam urusan pembelian Wang Kiriman Pos.

Penasihat Undang-undang (PUU) Kementerian Kerja Raya berpandangan bahawa

yuran baru bagi kontraktor kelas F ini tidak bercanggah dengan Perintah Fee

(Pendaftaran Kontraktor) 1984 kerana kenaikan yuran pendaftaran masih mengikut

kadar yang ditetapkan dalam Perintah Fee 1984 tersebut, tetapi mengambil kira

tempoh sah laku pendaftaran yang baru. Pindaan yuran pendaftaran boleh dibuat

secara pentadbiran tanpa meminda Perintah Fee 1984 tersebut.

Seperti dijelaskan kutipan sebanyak RM75 bagi yuran

pendaftaran baru dan RM38 bagi yuran pembaharuan

pendaftaran bagi tempoh 3 tahun adalah sebagai mematuhi

keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2005 mengenai Kajian

Ke Atas Dasar Pengeluaran Lesen Kelas F dan Cadangan untuk

Meningkatkan Keberkesanan Pendaftaran Kontraktor.

Berikutan daripada teguran dan pandangan Audit serta JPN

tersebut serta keputusan Jemaah Menteri pada

14 September 2009 untuk KKR melaksanakan Sistem

Pendaftaran Setempat Kontraktor yang dijadualkan akan

berkuatkuasa pada 1 Oktober 2012, KKR melalui PKK telah

mengambil tindakan mulai 4 Ogos 2012, tidak lagi mengutip

bayaran pembaharuan pendaftaran kontraktor secara tidak

selaras dengan arahan Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor)

1984.

KKR juga dalam proses untuk memansuhkan Perintah Fee

(Pendaftaran Kontraktor) 1984 apabila Sistem Pendaftaran

Setempat Kontraktor dilaksanakan sepenuhnya mulai

1 Oktober 2012 di mana pendaftaran dan pembaharuan lesen

kontraktor akan dilaksanakan oleh CIDB dengan

menggunapakai Akta CIDB 520.

ii.

Disebabkan perbezaan pendapat antara pihak Audit dengan PUU Kementerian

Kerja Raya, pihak Audit telah memohon pandangan kedua daripada Jabatan

Peguam Negara berhubung isu ini. Secara ringkasnya, Jabatan Peguam

Negara berpendapat seperti berikut:

Akta Fee 1951 dan Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984 tidak

memperuntukkan bahawa pindaan boleh dibuat kepada kadar fi yang

ditetapkan secara pentadbiran. Sehubungan itu, walaupun keputusan untuk

meminda tempoh sah laku pendaftaran kontraktor telah dibuat oleh Jemaah

Menteri, tindakan untuk melaksanakan keputusan tersebut iaitu untuk meminda

tempoh sah laku pendaftaran masih perlu disusuli dengan pindaan kepada

Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984.

Berdasarkan peruntukan Seksyen 3, Akta Fee 1951 dibaca bersama Seksyen 4

Akta yang sama, pindaan kepada Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984

berhubung yuran dan tempoh sah laku pendaftaran kontraktor hanya boleh

dibuat menerusi satu perintah yang dibuat di bawah Seksyen 3 Akta Fee 1951

180

180

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!