02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pelaksanaan. JKR juga akan memastikan pengesahan jaminan diperoleh daripada

Ibu Pejabat Bank/institusi kewangan yang berkenaan bagi mengelakkan perkara

pemalsuan jaminan insurans daripada berulang.

23.5.2.4.a

Bayaran Kemajuan

23.5.2.4.b

Perjanjian tambahan telah ditandatangani antara Kerajaan dengan kontraktor untuk

memberi lanjutan masa kepada kontraktor selama 96 hari. Lanjutan masa ini

diberikan disebabkan oleh kelewatan JKR membuat bayaran kepada kontraktor.

Kelewatan ini menyebabkan kontraktor menghadapi masalah modal untuk

meneruskan projek ini. Semakan Audit mendapati 7 daripada 53 bayaran kemajuan

berjumlah RM12.13 juta tidak dapat dijelaskan mengikut kontrak iaitu dalam tempoh

44 hari daripada tarikh penilaian kerja oleh JKR. Kelewatannya adalah antara 19

hingga 77 hari. Berdasarkan maklum balas, siling bagi projek ini dalam RMKe-9

adalah RM120 juta. Pada akhir tempoh RMKe-9, jumlah perbelanjaan adalah

RM94.2 juta sahaja. Ini bermakna peruntukan bagi projek ini adalah mencukupi bagi

tempoh RMKe-9. Namun, berikutan isu jaminan insurans yang tidak sah bagi Bon

Pelaksanaan semasa pelaksanaan projek ini menyebabkan Pegawai Penguasa

mengambil langkah berhati-hati dalam menjelaskan bayaran kemajuan kerja. Ini

jelas kerana bagi tahun 2010, peruntukan yang disalurkan adalah sejumlah RM55

juta berbanding perbelanjaan sejumlah RM33.40 juta.

Mengikut syarat kontrak, pegawai yang berkuasa menandatangani Perakuan

Bayaran interim adalah Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa.

Semakan Audit mendapati terdapat 11 perakuan bayaran dibuat oleh bukan

Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa bagi kontrak di atas di mana 3

bayaran interim diperakukan oleh Pemangku Pengarah Negeri Kelantan dan 8

bayaran interim diperakukan oleh Ketua Penolong Pengarah (Projek Khas).

Berdasarkan maklum balas JKR, pihaknya maklum bahawa pegawai yang berkuasa

untuk menandatangani Perakuan Bayaran Interim adalah Pegawai Penguasa atau

Wakil Pegawai Penguasa sahaja sepertimana syarat kontrak dan pembayaran oleh

bukan Pegawai Penguasa atau wakilnya tidak seharusnya berlaku. Sehubungan itu,

JKR akan memastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Bagaimanapun,

adalah disahkan bahawa kesemua 11 bayaran interim berkenaan adalah teratur

dan memenuhi syarat kontrak.

Pada pendapat Audit, JKR perlu memastikan tidak berlaku kelewatan dalam

menjelaskan bayaran interim kepada kontraktor sehingga memberi kesan kepada

kontraktor dari segi kewangan serta memberi implikasi terhadap pelaksanaan projek

secara keseluruhannya. Selain itu, JKR juga perlu memastikan bahawa pegawai

yang berkuasa sahaja yang boleh memperakukan bayaran interim.

Peruntukan bagi projek ini telah diselaraskan kepada RM186

juta dan mencukupi untuk menampung kos projek.

Pengarah Cawangan Jalan JKR selaku Pengurus Program telah

mengeluarkan arahan bertarikh 8 Ogos 2012 kepada semua

Head of Project Team (HOPT) dan Pasukan Projek Cawangan

Jalan supaya memastikan semua perakuan bayaran kemajuan

bagi projek-projek jalan diperakukan oleh PP atau WPP atau

pegawai yang diberi perwakilan kuasa oleh PP sahaja.

178

178

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!