02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

daripada JKR di mana JKR akan melaporkan kepada perunding. Proses ini adalah

tidak praktikal kerana mengambil masa untuk diselesaikan.

Pada pendapat Audit, pelantikan perunding adalah mengikut peraturan yang telah

ditetapkan. Bagaimanapun, perunding reka bentuk yang dilantik juga hendaklah

mempunyai pengalaman supaya masalah reka bentuk tidak timbul dan adalah lebih

baik sekiranya JKR melantik lead consultant dalam penyediaan reka bentuk supaya

tidak ada pertikaian sekiranya berlaku pertukaran dalam reka bentuk. Selain itu,

perunding yang sama juga hendaklah dilantik bagi tujuan pengawasan di tapak bagi

menyelesaikan sebarang masalah berkaitan reka bentuk.

Berdasarkan maklum balas, tiada lead consultant dilantik dalam projek ini.

Bagaimanapun, JKR telah melantik seorang Project Director di bawah KMS

Ingenieur yang berperanan untuk mengetuai dan menyelaras keseluruhan proses

reka bentuk jambatan tersebut. Pihak pengurusan JKR juga telah memutuskan

supaya kaedah pelaksanaan pengawasan projek dilaksanakan oleh JKR. Oleh yang

demikian, JKR telah menubuhkan satu pasukan projek di bawah Cawangan Jalan,

JKR untuk mengawasi dan menyelia kerja pembinaan di tapak.

23.5.2.3.c Dokumen Insurans Wang Jaminan Bayaran Pendahuluan dan Bon

Pelaksanaan Tidak Sah

JKR telah mendapatkan pengesahan Jaminan Insurans untuk Bon Pelaksanaan

dan Bayaran Pendahuluan daripada RHB Insurance Berhad Cawangan Kota Bharu,

Kelantan dan telah disahkan pada 21 Ogos 2007. Adalah didapati jaminan insurans

bagi bon pelaksanaan dan bayaran pendahuluan tersebut telah ditandatangani oleh

Pengurus RHB Insurance Cawangan Kota Bharu manakala surat pengesahan juga

ditandatangani oleh pengurus yang sama. Bagaimanapun, Ibu Pejabat Bank RHB

Berhad melalui surat bertarikh 8 Oktober 2008 dan 13 November 2008 telah

mengesahkan bahawa jaminan insurans bagi Bayaran Pendahuluan dan Bon

Pelaksanaan yang dikeluarkan oleh RHB Insurance Berhad, Cawangan Kota Bharu,

Kelantan adalah palsu. Sehubungan itu, laporan Polis telah dibuat pada

7 April 2009 oleh Pengarah Cawangan Jalan yang merupakan Pegawai Penguasa.

Selanjutnya pihak Audit mendapati Aneka Prestij Sdn. Bhd. telah mengemukakan

jaminan bank bagi wang pendahuluan dan bon pelaksanaan yang baru untuk

menggantikan bon palsu tersebut.

Jaminan Bank untuk Wang Pendahuluan yang baru sebanyak

RM15 juta yang telah diambil oleh Kontraktor Utama telah

disediakan oleh Aneka Prestij semasa penyerahan hak

dilakukan. Amaun tersebut telah dibayar balik (recoup)

sepenuhnya pada masa ini. Pihak Aneka Prestij juga telah

menyediakan Bank Guarantee bagi Bon Pelaksanaan yang baru.

Berdasarkan kepada tatacara pada masa itu, JKR telah

mematuhi segala prosedur yang perlu dipatuhi bagi tujuan

penerimaan Jaminan Bank untuk Wang Pendahuluan dan Bon

Pelaksanaan.

Pada pendapat Audit, JKR perlu mendapatkan pengesahan kesahihan Bon

Pelaksanaan daripada Ibu Pejabat Bank atau Institusi Kewangan terlebih dahulu

pada masa akan datang bagi mengelakkan perkara pemalsuan Bon Pelaksanaan

daripada berulang. Tindakan membuat laporan polis adalah selaras dengan

peraturan yang telah ditetapkan.

Berdasarkan maklum balas, JKR telah mematuhi segala prosedur yang perlu bagi

tujuan penerimaan jaminan insurans untuk Wang Pendahuluan dan Bon

177

177

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!