02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

ditandatangani pada bulan Mac 2010 antara Kontraktor Utama dengan Aneka

Prestij Sdn. Bhd. di mana kontraktor utama telah menyerahkan hak kerja

kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd. dengan nilai kerja berjumlah RM112.96 juta

(75.2%) daripada nilai kontrak baru yang berjumlah RM150.23 juta.

Penyerahan hak ini adalah disebabkan oleh kontraktor utama tidak dapat

meneruskan kerja di tapak. Pihak Audit telah membuat semakan dengan CIDB

dan mendapati tarikh luput pendaftaran syarikat tersebut ialah pada bulan Jun

2010. Aneka Prestij Sdn. Bhd. hanya memperbaharui pendaftaran pada 1 Ogos

2011 walaupun syarikat ini telah menjalankan kerja di tapak sejak bulan Mac

2010. Semakan dengan PKK pula mendapati Aneka Prestij Sdn. Bhd. tidak

berdaftar dengan PKK. Oleh itu, pihak Audit tidak dapat memastikan rekod

kerja syarikat tersebut.

d. Mengikut syarat 27 (c), semua kontraktor yang diambil kerja berkaitan dengan

kerja hendaklah diambil dari dalam daerah di mana kerja itu terletak dan jika

subkontraktor tidak boleh didapati dalam daerah tersebut, maka hendaklah

diambil dari dalam negeri di mana kerja itu terletak. Peruntukan ini hanya boleh

diubah dengan persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa. Semakan

Audit mendapati Aneka Prestij Sdn. Bhd. telah didaftar mengikut alamat di

Klang, Selangor dan tiada persetujuan bertulis diperoleh daripada Pegawai

Penguasa.

Berdasarkan maklum balas JKR, Deed of Assignment antara kontraktor utama dan

sub-kontraktor mendapat persetujuan daripada Kerajaan yang ditandatangani oleh

Pengarah Cawangan Jalan, JKR iaitu merupakan Pegawai Penguasa. Penyerahan

hak sebahagian kerja kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd. yang beralamat di Klang,

Selangor adalah berdasarkan kepada faktor ketiadaan sub-kontraktor yang

berkeupayaan dari segi kewangan dan kepakaran teknikal, di samping

kesanggupan sub-kontraktor tersebut untuk mengambil tanggungjawab dan risiko

melaksanakan projek ini di mana kos bayaran pendahuluan dan bon pelaksanaan

ditanggung oleh pihaknya.

Pada pendapat Audit, walaupun kerja telah diserah hak kepada Aneka Prestij Sdn.

Bhd. oleh kontraktor utama, namun JKR hendaklah memastikan bahawa syarikat

yang dilantik itu adalah syarikat yang berpengalaman yang mempunyai rekod kerja

yang baik supaya projek ini dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan

demi menjaga imej Kerajaan.

Kontraktor Utama, Konsortium I.S Resources (M) Sdn. Bhd. –

RIS Capital (M) Sdn. Bhd. kepada Sub-kontraktor, Aneka Prestij

Sdn. Bhd. telah ditandatangani pada Mac 2010 dengan

mendapat kelulusan dari Pegawai Penguasa, Pengarah

Cawangan Jalan. Nilai kerja yang telah diserahhakkan berjumlah

RM112,955,524.00 yang melibat kerja-kerja seperti site

clearance, earthworks, drainage works, pavement works, road

furniture, public utility services, structure, traffic management

and control, geotechnical works dan environmental protection

works. Penyerahan hak ini adalah disebabkan Kontraktor Utama

tidak berhasrat meneruskan kerja.

Walaupun Aneka Prestij Sdn. Bhd. tidak berdaftar dengan PKK,

Jabatan membuat pelantikan Aneka Prestij sebagai subkontraktor

berdasarkan Pekeliling KPKR yang menyatakan subkontraktor

perlu berdaftar dengan CIDB. Keperluan untuk

berdaftar dengan PKK adalah tidak disyaratkan. Pada masa

yang sama, Aneka Prestij Sdn. Bhd. juga aktif melaksanakan

beberapa kerja sub-kontrak bagi projek Kerajaan.

Jabatan akur mengenai status luput pendaftaran CIDB syarikat

ini pada tempoh tersebut. Pembaharuan pendaftaran CIDB telah

dilaksanakan oleh pihak sub-kontraktor pada 12 Ogos 2011.

Pejabat akur ketiadaan persetujuan bertulis dari pegawai

penguasa berhubung kebenaran untuk mengambil kontraktor di

luar daerah/negeri di mana projek itu berada. Walau

bagaimanapun, faktor ketiadaan sub-kontraktor tempatan yang

berkeupayaan dari segi kewangan dan kepakaran teknikal, di

samping kesanggupan untuk mengambil tanggungjawab dan

risiko melaksanakan projek ini. Aneka Prestij Sdn. Berhad telah

sanggup menyediakan Jaminan Bank untuk Wang Pendahuluan

dan Bon Pelaksanaan yang baru menggantikan jaminan bank

dan bon pelaksanaan yang dipertikaikan.

23.5.2.2.c

Pelantikan Perunding

Pada peringkat awal pelaksanaan projek, adalah didapati kontraktor menghadapi

masalah dengan lukisan reka bentuk yang disediakan oleh perunding. Semakan

Audit mendapati tiada lead consultant yang bertanggungjawab menyelaras dan

memastikan lukisan reka bentuk keseluruhannya adalah tepat dan teratur. Selain

itu, tiada perunding yang dilantik bagi kerja-kerja pengawasan. Sekiranya timbul

masalah reka bentuk di tapak, kontraktor akan memaklumkan pegawai penyelia

176

176

Pengarah Cawangan Jalan, JKR selaku Pengurus Program telah

mengeluarkan arahan bertarikh 8 Ogos 2012 kepada semua

Head of Project Team (HOPT) dan Pasukan Projek Cawangan

Jalan untuk melantik lead consultant sekiranya terdapat lebih

dari satu perunding terlibat di dalam sesuatu projek pada masa

akan datang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!