02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

membuat lawatan di tapak projek pada 22 April 2004 dan telah memaklumkan

kepada JKR Negeri Kelantan bahawa sekiranya aktiviti pengorekan dan

pengambilan pasir berterusan, kemungkinan tahap kedalaman paras dasar

sungai akan bertambah. Kesan daripada penurunan aras dasar sungai ini boleh

memberi impak kepada kestabilan jambatan sedia ada.

b. Berdasarkan Minit Mesyuarat Teknikal, kerja mereka bentuk jambatan oleh

perunding yang dilantik adalah berdasarkan data pembangunan tahun 2004.

Semasa pelaksanaan projek pada tahun 2007, pihak Audit mendapati tiada

kajian hidrologi dijalankan di mana data yang diguna pakai adalah berdasarkan

data tahun 2004. Kesan daripada penurunan aras dasar sungai ini

menyebabkan pemasangan cerucuk pertama telah mengalami runtuhan lubang

gerekan pada tahun 2009.

c. Selanjutnya pada tahun 2011, JKR Negeri Kelantan telah menjalankan kerjakerja

ukur bagi projek pembinaan jambatan ini dan mendapati kedalaman paras

dasar sungai di sekitar jambatan sedia ada telah mengalami pertambahan

antara 2 hingga 3 meter yang dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan struktur

jambatan sedia ada. Bagaimanapun berdasarkan analisis yang dijalankan oleh

G&P Geotechnic Sdn. Bhd., kestabilan jambatan sedia ada adalah dijangka

tidak terjejas pada ketika ini.

Pada pendapat Audit, langkah pencegahan lebih awal perlu diambil oleh pihak yang

bertanggungjawab bagi memastikan penurunan aras dasar sungai tidak

memberikan kesan kepada struktur atau kestabilan jambatan sedia ada. Namun

begitu, penurunan aras dasar sungai ini telah memberi kesan kepada reka bentuk

sistem cerucuk di mana ia terpaksa direka bentuk semula dengan melibatkan kos

yang tinggi.

Berdasarkan maklum balas JKR, pihaknya telah mengambil tindakan dengan

memaklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pihak Berkuasa

Tempatan yang berkenaan bahawa aktiviti pengorekan pasir di hulu dan hilir Sungai

Kelantan akan menyebabkan perubahan dasar sungai. Keadaan ini akan

menjejaskan struktur jambatan sedia ada. Bagaimanapun, adalah di luar bidang

kuasa JKR untuk mengawal/menghalang aktiviti pengorekan pasir tersebut. JKR

telah mengambil langkah memantau dengan teliti keselamatan dan integriti

jambatan sedia ada melalui pemantauan oleh G&P Geotechnic Sdn. Bhd. yang

ketika ini melaporkan keadaan jambatan sedia ada adalah stabil dan tidak terjejas.

Kos tambahan terhadap sistem cerucuk yang baru tidak dapat dielakkan bagi

menjamin kestabilan jambatan sedia ada semasa kerja-kerja penanaman cerucuk

dijalankan dan juga keutuhan jangka panjang jambatan baru yang dibina.

23.5.2.1 Pelantikan Kontraktor/Sub Kontraktor Dan Penetapan Harga

c. Selanjutnya, pihak Audit mendapati satu Deed of Assignment telah Satu Deed of Assignment/ Penyerahan Hak baki kerja oleh pihak

175

175

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!