02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

23.5.1.1.c

Kelewatan Memulakan Aktiviti Jambatan Sementara

Semakan Audit selanjutnya mendapati akibat daripada perubahan reka bentuk

sistem cerucuk, spesifikasi pembinaan jambatan sementara juga telah berubah di

mana ia perlu dibina untuk menampung beban 130 tan berbanding 100 tan yang

ditetapkan pada asalnya. Kos untuk perubahan pembinaan jambatan sementara ini

dijangkakan akan meningkat sejumlah RM7.39 juta (59.6%) berbanding dengan kos

asal.

Pada pendapat Audit, JKR perlu memastikan pihak kontraktor membina jambatan

sementara mengikut jadual yang telah ditetapkan kerana kerja-kerja dalam sungai

adalah bahagian paling kritikal bagi projek ini. Kelewatan membina jambatan

sementara telah menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak dapat dijalankan

mengikut jadual.

Kemajuan pembinaan jambatan sementara yang dapat

menanggung kapasiti beban 130 tan sehingga 1 Ogos 2012

adalah seperti berikut :

Donwstream (LHS) = 100%

Upstream (RHS) = 64%

Pembinaan Jambatan sementara di bahagian upstream dijangka

selesai pada akhir Oktober 2012.

Berdasarkan maklum balas JKR, pihaknya telah mengarahkan kontraktor untuk

memulakan pembinaan jambatan sementara dari semasa ke semasa. Arahan telah

diberikan dalam beberapa siri mesyuarat tapak dan surat amaran/peringatan juga

dikeluarkan.

23.5.1.2 Peningkatan Kos Projek

Semakan Audit terhadap Pelarasan Harga Kontrak, Pelarasan Wang Peruntukan

Sementara dan perubahan kerja mendapati nilai kontrak semasa dijangka akan

meningkat kepada RM177.76 juta dengan mengambil kira Arahan Perubahan Kerja

berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan. Peningkatan nilai kontrak

adalah sejumlah RM34.76 juta (24.3%).

Kos kontrak asal adalah bernilai RM 143 juta. Seterusnya

Perbendaharaan telah meluluskan penambahan kos sebanyak

RM 7.23 juta disebabkan kenaikan harga besi menjadikan kos

kontrak baru berjumlah RM 150.23 juta.

Peningkatan kos kontrak selanjutnya adalah disebabkan

perubahan sistem cerucuk dalam sungai untuk disesuaikan

dengan keadaan sungai yang mengalami perubahan aras dasar.

Pembinaan jambatan sementara yang baru juga mengakibatkan

peningkatan kos. Kaedah pembaharuan sistem cerucuk dan

jambatan sementara adalah perlu untuk pembinaan jambatan

baru dan dalam masa yang sama menjamin keutuhan dan

keselamatan jambatan sedia ada.

23.5.1.3 Penurunan Aras Dasar Sungai

a. Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra akan dibina di kiri dan kanan jambatan

sedia ada. Kerja dalam sungai merupakan bahagian yang paling kritikal di

mana pemasangan cerucuk perlu mengambil kira kesan terhadap struktur atau

integriti jambatan sedia ada. Selain daripada pembinaan jambatan kedua ini,

terdapat juga aktiviti pengorekan pasir dan penambakan tanah telah dijalankan

oleh pihak ketiga bagi tujuan pembangunan dan pengindahan tebing Sungai

Kelantan. Semakan Audit mendapati pihak Cawangan Jalan, JKR ada

174

174

Arahan pemberhentian kerja pengorekan pasir telah dikeluarkan

oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan

bertarikh 12 Mac 2012.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!