02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

siap dilaksanakan kerana kawasan rizab yang agak terhad. Mengikut

perancangan, tarikh mula pengalihan utiliti ialah pada 20 Februari 2008, namun

kerja ini tidak dapat dilaksanakan sehingga keseluruhan premis dikosongkan

bagi Seksyen 3. Pengalihan utiliti dijalankan serentak bagi Seksyen 2 dan

Seksyen 3 di mana kelewatan pengalihan bagi kabel Tenaga Nasional Berhad

dan Telekom Malaysia Berhad adalah selama 90 hari.

Berdasarkan maklum balas JKR, pemantauan ada dijalankan melalui agenda tetap

dalam setiap mesyuarat tapak. Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta wakil telah

dijemput hadir bagi membincangkan masalah dan isu-isu berbangkit. Mesyuarat

penyelarasan bersama pihak utiliti juga telah diadakan seawal 28 Jun 2007

bertujuan mengkoordinasi dan memastikan kerja-kerja pengalihan utiliti yang terlibat

dapat dilaksanakan dengan segera.

iii.

Reka bentuk cerucuk jambatan asal di bahagian sungai telah disediakan oleh

perunding yang dilantik iaitu Konsortium KMS Ingeniuer-Bentara-RMR. Akibat

masalah runtuhan lubang gerekan yang berlaku pada bulan April 2009,

perunding ini telah meminda reka bentuk asal kepada reka bentuk pindaan 1.

Bagaimanapun pada bulan Mei 2010, perunding yang dilantik oleh kontraktor

bagi kerja pemantauan jambatan sedia ada iaitu G&P Geotechnic Sdn. Bhd.

telah membangkitkan bahawa reka bentuk pindaan 1 boleh membawa risiko

yang amat tinggi terhadap integriti struktur jambatan sedia ada. G&P

Geotechnic Sdn. Bhd. telah mencadangkan penambahbaikan bagi reka bentuk

asas jambatan tersebut bagi menjamin keselamatan jambatan dalam jangka

masa panjang. Kerja penyiasatan tapak tambahan juga telah dilakukan oleh

IKRAM Timur. Pada keseluruhannya, masalah reka bentuk sistem cerucuk ini

telah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan iaitu 2 tahun bermula

daripada bulan April 2009 sehingga bulan Jun 2011. Perubahan reka bentuk

sistem cerucuk ini dijangkakan akan menyebabkan peningkatan kos berjumlah

RM13.21 juta (143.3%) berbanding dengan kos asal.

Berdasarkan maklum balas JKR, masalah kelewatan reka bentuk sistem cerucuk ini

yang telah mengambil masa selama 2 tahun disebabkan oleh pertimbangan

beberapa alternatif reka bentuk yang dikemukakan oleh perunding. Selain itu,

semakan dan keputusan JKR juga mempengaruhi tempoh penyelesaian masalah.

bulan dalam perancangan kerja mereka, bagi Kerajaan

menyelesaikan isu pengambilan tersebut.

Walau bagaimanapun pada bulan Januari 2008, pihak Kerajaan

masih belum dapat menyerahkan kawasan tersebut kepada

pihak Kontraktor. Ini adalah kerana terdapat kelulusan

penangguhan pengosongan pemilik premis selama 5 bulan

sehingga Jun 2008 oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian

kepada pemilik premis. Hanya selepas pengosongan premis

tersebut, pihak kontraktor dapat memulakan kerja sepenuhnya.

Mesyuarat-mesyuarat pelarasan bersama pihak utiliti telah

diadakan seawal 28 Jun 2007 bertujuan mengkoordinasi dan

memastikan kerja- kerja pengalihan utiliti yang terlibat dapat

dilaksanakan segera. Kerja-kerja pengalihan utiliti ini hanya akan

dapat dilaksanakan setelah proses PBT siap dijalankan dan

penghuni berpindah sepenuhnya. Pihak utiliti juga memerlukan

peruntukan dari Ibu Pejabat masing-masing untuk melaksanakan

kerja-kerja pengalihan.

Masalah utiliti juga adalah suatu agenda tetap dalam mesyuarat

tapak di mana wakil-wakil dari pihak utiliti turut dijemput hadir

bagi membincangkan keperluan untuk menyelaras dan

mempercepatkan proses pengalihan utiliti yang terlibat.

Tarikh penangguhan pengosongan premis adalah sehingga

30 Jun 2008. Oleh yang demikian, kerja-kerja pengalihan utiliti

hanya dapat dilaksanakan setelah semua premis dikosongkan

pada tarikh tersebut. Projek ini berada di dalam kawasan pusat

bandar di mana kontraktor mempunyai masalah kekangan ruang

kerja yang terhad dan terpaksa menunggu sehingga premis

dikosongkan barulah kerja-kerja pengalihan utiliti dapat

dimulakan.

Pada pendapat Audit, masalah reka bentuk sistem cerucuk ini sepatutnya

diselesaikan di peringkat awal lagi bagi memastikan kelancaran projek

memandangkan aktiviti dalam sungai adalah aktiviti yang paling kritikal dalam

pembinaan jambatan ini. Masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah reka

bentuk sistem cerucuk ini adalah terlalu lama iaitu 2 tahun dan menyebabkan

kelewatan projek serta kenaikan kos.

173

173

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!