02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

dan pemilihan bidang perniagaan lebih kompetitif. Perbincangan dengan SME Bank

juga diadakan secara berkala dan setiap rancangan perniagaan daripada graduan

akan disemak dan ditapis oleh pihak INSKEN bagi memastikan permohonan

memenuhi kriteria ditetapkan oleh SME Bank.

22.5.1.3 Semakan Audit mendapati antara sebab pencapaian sasaran yang kurang

memuaskan bagi aktiviti KAKS dan kelemahan dalam pembinaan/ penyediaan

kemudahan Student Mall adalah seperti berikut:

a. INSKEN telah menyediakan Terms of Reference (TOR) semasa menyalurkan

peruntukan kepada setiap universiti. Namun begitu, adalah didapati ketetapan

TOR tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya terutama dalam aspek

pemantauan. Tanggungjawab INSKEN mengikut TOR dan pelaksanaannya

adalah seperti berikut:

MITI telah mengarahkan semua universiti untuk melaksanakan

aktiviti-aktiviti menggunakan baki peruntukan sehingga

31 Disember 2012.

Program ini tidak lagi diteruskan di bawah RMKe-10 dan

dianggap selesai.

i. Menyelaras Program Keusahawanan Siswa melalui mesyuarat dengan

semua universiti terlibat bagi membincangkan perancangan, pelaksanaan dan

keberkesanan program. Semakan Audit mendapati mesyuarat penyelarasan

telah diadakan sebanyak 6 kali sepanjang tempoh tahun 2009 hingga 2011.

Mesyuarat tersebut antaranya membincangkan kelewatan pembinaan Student

Mall di mana universiti digesa supaya menyegerakan pembinaan Student Mall

dan mengemukakan laporan status pembinaan kepada INSKEN.

ii. Mengadakan pemantauan pada bila-bila masa di mana-mana universiti

mengikut keperluan. Semakan Audit mendapati tiada bukti menunjukkan

INSKEN menjalankan pemantauan dalam tempoh tahun 2009 hingga 2011.

iii. Menganalisis keberkesanan program / aktiviti, kewangan (peruntukan dan

perbelanjaan) dan melaksanakan pengauditan. Antara perkara yang akan

diaudit termasuklah aktiviti dan perbelanjaan setiap universiti; Laporan

Kemajuan Pembinaan Student Mall serta pangkalan data peserta yang terlibat

dalam program/aktiviti PKS. Semakan Audit mendapati INSKEN hanya

menjalankan pengauditan sekali sahaja iaitu pada bulan April 2010 bersamasama

dengan Unit Audit Dalam MITI di 11 universiti.

b. Mengikut penjelasan pihak INSKEN, mereka menghadapi kekangan dari segi

guna tenaga menyebabkan pemantauan yang sewajarnya tidak dapat

dilakukan. Seksyen Pembudayaan Keusahawanan, INSKEN yang menguruskan

PKS telah diluluskan 3 jawatan iaitu Ketua Penolong Pengarah Gred M48 dan 2

jawatan Penolong Pengarah Gred M41. Semasa pengauditan dijalankan, hanya

seorang pegawai yang menguruskan PKS iaitu Penolong Pengarah Gred M41.

c. INSKEN tidak mengkaji dengan teliti semasa memutuskan pengagihan

peruntukan kepada universiti. Ini menyebabkan peruntukan kepada UMK

170

170

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!