02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Sungguhpun Student Mall telah menepati objektif yang ditetapkan secara amnya,

namun pihak Audit mendapati Student Mall di 2 universiti mengalami masalah untuk

beroperasi walaupun telah siap dibina. Student Mall di UMK yang telah disiapkan

pada bulan April 2011 masih belum beroperasi sehingga lawatan Audit pada bulan

Februari 2012 disebabkan pembinaan partition di tapak Student Mall masih belum

dibuat.

Berdasarkan maklum balas MITI, pihak INSKEN telah meminta pihak pengurusan

UMK menyegerakan operasi Student Mall kerana projek tersebut telah disiapkan

bagi mengelakkan pembaziran.

Pada pendapat Audit, INSKEN sepatutnya menetapkan tempoh bagi universiti

menyiapkan pembinaan Student Mall supaya mahasiswa dapat memulakan

perniagaan sepertimana objektif yang ditetapkan.

22.5.1.2.iv

Skim Usahawan Siswazah (SUS)

INSKEN telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM883,266 kepada UiTM pada

tahun 2009 untuk melaksanakan latihan asas keusahawanan siswa di bawah SUS.

Semakan Audit mendapati UiTM telah melaksanakan 5 siri latihan asas

keusahawanan siswa dengan kos berjumlah RM200,000 pada tahun 2009. Bagi

tahun 2010, INSKEN telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM3.0 juta kepada 4

universiti untuk melaksanakan latihan asas keusahawanan siswa bagi tempoh

tahun 2010 hingga 2015. Bilangan siri latihan yang ditetapkan bagi tempoh tersebut

ialah 50 siri. Pihak Audit mendapati setakat akhir tahun 2011, sebanyak 20 siri

latihan telah dijalankan melibatkan 567 peserta dengan kos berjumlah RM680,000.

INSKEN telah mengambil langkah penambahbaikan ke atas

kandungan kursus dengan menambahkan modul khusus selama

2 jam bagi penerangan prosedur dan kriteria penilaian

pembiayaan TUS.

Hasil daripada penambahbaikan modul kursus ini, kemahiran

menyediakan rancangan perniagaan telah meningkat di

kalangan peserta. Sehingga Julai 2012, kelulusan pinjaman

telah meningkat sebanyak 10%.

Semakan selanjutnya mendapati bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, sebanyak

118 (1.4%) daripada 8,212 peserta KAKS dan SUS telah mengemukakan

permohonan pembiayaan kewangan Tabung Usahawan Siswa kepada SME Bank

untuk memulakan perniagaan. Bagaimanapun hanya 31 (26.3%) permohonan yang

telah diluluskan manakala selebihnya ditolak. Menurut pegawai SME Bank,

kebanyakan pemohon gagal mendapatkan pembiayaan kerana tidak memenuhi

penilaian kredit yang ditetapkan oleh SME Bank.

Mengikut maklum balas MITI, penilaian kredit bagi satu-satu permohonan pinjaman

adalah berdasarkan kepada potensi projek yang akan dilaksanakan; memenuhi

syarat-syarat permohonan TUS yang ditetapkan; latar belakang peminjam dan

penjamin berdasarkan rekod CCRIS/CTOS serta dokumen sokongan yang lengkap

dikemukakan. Bagi meningkatkan lagi permohonan TUS yang berjaya, INSKEN dan

SME Bank telah membuat penambahbaikan ke atas modul kursus SUS dengan

memberi penekanan kepada penyediaan rancangan perniagaan mengikut

keperluan SME Bank; subjek perancangan kewangan syarikat diberi nilai tambah

169

169

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!