02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

mahasiswa menjalankan perniagaan. Bagaimanapun, didapati 8 universiti

mengambil masa antara satu hingga 4 tahun untuk memulakan

pembinaan/perolehan Kiosk Student Mall. Antara sebab kelewatan

pembinaan/perolehan Kiosk Student Mall ialah perubahan reka bentuk akibat

kekangan peruntukan dan pelan bangunan asal yang tidak menepati syarat Pihak

Berkuasa Tempatan.

Pada 26 Jun 2012, MITI telah mengarahkan universiti untuk

menyewakan ruang Student Mall tersebut.

Berdasarkan maklum balas MITI, kelewatan adalah atas sebab teknikal seperti

terpaksa mematuhi syarat Pihak Berkuasa Tempatan dan perlu mendapat kelulusan

pelbagai jabatan di universiti. Secara keseluruhan, tempoh pembinaan tidak

mengambil masa yang lama, sebaliknya tempoh kelulusan daripada pelbagai

Agensi Penguat Kuasa yang melewatkan proses pembangunan projek Student

Mall. Selain itu, kelewatan pembinaan juga disebabkan oleh perubahan reka bentuk

yang diputuskan oleh pihak universiti.

Semakan selanjutnya mendapati setakat akhir bulan Januari 2012, sebanyak 3

universiti masih dalam proses menyediakan Student Mall iaitu UM, UMS dan UiTM

Machang. Adalah didapati peruntukan pembinaan Student Mall bagi UM telah

disalurkan pada tahun 2008, namun sehingga tarikh lawatan Audit pada 19 Januari

2012, didapati kerja pembinaan masih belum siap sepenuhnya. Bagi UiTM

Machang, peruntukan untuk Student Mall diluluskan pada bulan Disember 2007,

namun sehingga tarikh lawatan Audit pada bulan Februari 2012, didapati tapak

untuk menempatkan kiosk Student Mall masih dalam pembinaan. Hasil temu bual

dengan Penyelaras Pusat Keusahawanan di universiti berkenaan, didapati

kelewatan pembinaan tapak tersebut adalah disebabkan kesukaran mendapatkan

lokasi yang sesuai. Manakala, peruntukan Student Mall bagi UMS diterima pada

tahun 2007, namun sehingga tarikh lawatan Audit pada bulan Disember 2011,

didapati kerja menaik taraf premis sedia ada di Sekolah Pengajian Seni untuk

dijadikan Student Mall masih belum disiapkan.

Pihak MITI memaklumkan bahawa projek Student Mall UM telah disiapkan

sepenuhnya pada 13 Februari 2012. Projek Student Mall di UiTM Machang

sebenarnya tiada di dalam rekod pemantauan INSKEN sehinggalah bulan Mac

2011 apabila masalah pembinaan Student Mall tersebut dibangkitkan dalam

Mesyuarat Penyelarasan Program Keusahawanan Siswa Bilangan 1/2011 pada

4 Mac 2011. Dokumen-dokumen mengenainya tiada di dalam fail projek PKS yang

diterima daripada MeCD setelah dibubarkan pada 9 April 2009. Bagaimanapun,

tapak Student Mall telah disiapkan pada pertengahan bulan Mei 2012 dan sebanyak

18 unit kiosk bergerak telah ditempah untuk mahasiswa menjalankan perniagaan.

Bagi projek Student Mall UMS, projek dilaksanakan dalam 2 peringkat iaitu Projek

Pertama sebanyak 7 lot kedai dibina di Bangunan HEP UMS dan disiapkan pada

tahun 2010. Projek yang kedua melibatkan 3 lot kedai sedang dalam pembinaan di

Fakulti Pengajian Seni dan telah 90% siap. INSKEN akan menyusuli dengan pihak

UMS bagi menentukan projek disiapkan sepenuhnya pada tahun ini.

168

168

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!