02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pihak MITI dalam maklum balasnya mengakui bagi tahun 2009 dan 2010, masingmasing

7 dan 6 universiti tidak melaksanakan program mengikut bilangan siri

kursus yang ditetapkan. Bagaimanapun, UiTM telah berjaya melaksanakan

sehingga 75% bilangan siri latihan daripada yang ditetapkan pada tahun 2009;

UPSI dan UMS pula telah berjaya melaksanakan masing-masing sehingga 86% dan

80% bilangan siri latihan pada tahun 2010. Bagi UMK, peruntukan yang diluluskan

tidak di belanja kerana modul yang diajar di dalam kursus KAKS adalah sama

dengan silibus pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan.

Penggubalan sukatan pelajaran telah dilakukan sejak awal penubuhan UMK yang

telah mengambil kira keperluan untuk mewajibkan setiap pelajar mengambil subjek

asas keusahawanan sebagai jam kredit.

Semakan Audit selanjutnya mendapati INSKEN tidak mengagihkan

peruntukan bagi melaksanakan KAKS pada tahun 2011 memandangkan

PKS tidak lagi mendapat peruntukan kewangan daripada Kementerian

Kewangan. Bagaimanapun berdasarkan Laporan Tahunan PKS yang

disemak di universiti, pihak Audit mendapati universiti masih lagi

melaksanakan KAKS dengan menggunakan baki peruntukan sedia ada di

mana sebanyak 47 siri KAKS telah diadakan dengan kos berjumlah

RM846,597. Pada akhir tahun 2011, pihak Audit mendapati masih terdapat

baki peruntukan berjumlah RM2.58 juta yang tidak dibelanjakan.

Mengikut penjelasan MITI, peruntukan yang disalurkan kepada universiti-universiti

dalam tempoh RMKe-9 boleh dibelanjakan untuk tahun-tahun berikutnya kerana

mengikut peraturan kewangan Kerajaan, agensi atau badan berkanun dibenarkan

untuk berbuat demikian. Dengan itu, baki peruntukan sebanyak RM2.58 juta

tersebut akan terus dibelanjakan bagi pelaksanaan program. MITI akan memantau

pelaksanaan program bagi tahun 2012 dan tahun-tahun berikutnya oleh universiti

secara penyediaan laporan setiap 4 bulan sekali bagi menentukan baki peruntukan

tersebut dibelanjakan mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan.

Pada pendapat Audit, peruntukan KAKS perlu dibelanjakan semaksimumnya

supaya lebih ramai mahasiswa diberi pendedahan mengenai keusahawanan

selaras dengan objektif PKS.

22.5.1.2.c.ii

Student Mall

Sejumlah RM6.30 juta telah diperuntukkan bagi membina Student Mall di 21

universiti (termasuk UiTM Machang) di mana setiap universiti telah diagihkan

RM300,000 antara tahun 2007 hingga 2010. Mengikut syarat INSKEN, pembinaan

Student Mall mestilah dari jenis bangunan kekal, namun berdasarkan Mesyuarat

Penyelarasan PKS Bil. 1 Tahun 2011, INSKEN membenarkan universiti membeli

kiosk mudah alih sebagai ganti premis perniagaan kekal. Lawatan Audit di 13

universiti mendapati hanya 9 universiti telah menyiapkan Student Mall untuk

Sehingga 7 Ogos 2012, semua Student Mall yang terlibat telah

disiapkan. Daripada 244 lot niaga yang telah disiapkan,

sebanyak 228 lot atau 93.4% telah disewakan kepada

mahasiswa manakala 16 lot atau 6.4% masih belum ada

penyewa.

167

167

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!