02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

MITI diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri pada

bulan Ogos 2009. Bagi program Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) pula,

peruntukan yang dibelanjakan cuma mencapai 59.2% bagi tahun 2009 dan 44.8%

sahaja bagi tahun 2010 adalah disebabkan universiti-universiti kekurangan peserta

semasa cuti semester untuk menyertai kursus kerana kebanyakan mahasiswa

terlibat dengan aktiviti kampus yang lain.

Pada pendapat Audit, kegagalan membelanjakan peruntukan pembangunan yang

diberi boleh menjejaskan pencapaian objektif program ini iaitu untuk

membudayakan keusahawanan di kalangan mahasiswa serta memberi

pendedahan mengenai potensi dalam bidang perniagaan.

22.5.1.2.c

Berdasarkan Laporan Tahunan PKS tahun 2009 dan 2010 yang disediakan oleh

INSKEN dan universiti, pihak Audit mendapati secara amnya objektif untuk

membudayakan keusahawanan di kalangan mahasiswa telah dapat dicapai melalui

KAKS, Student Mall dan SIFE. Bagaimanapun, sasaran yang ditetapkan dari segi

bilangan siri kursus KAKS serta penglibatan mahasiswa dalam aktiviti perniagaan

melalui Student Mall masih tidak dapat dicapai sepenuhnya. Manakala peratusan

peserta KAKS dan SUS yang memohon dan yang diluluskan pembiayaan

kewangan daripada TUS adalah rendah iaitu hanya antara 0.4% hingga 1.6% bagi

permohonan pembiayaan dan antara 21.1% hingga 28.6% bagi kelulusan

pembiayaan. Penjelasan lanjut adalah seperti berikut:

i. Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS)

Semasa mengagihkan peruntukan KAKS kepada universiti, pihak INSKEN

telah menetapkan bilangan siri kursus yang perlu dianjurkan oleh universiti

berdasarkan peruntukan kewangan yang diberi. Semakan Audit terhadap 13

universiti mendapati INSKEN telah menetapkan bilangan siri kursus yang

perlu dianjurkan pada tahun 2009 adalah antara 3 hingga 16 siri dengan

peruntukan antara RM105,000 hingga RM560,000 manakala bagi tahun

2010, bilangan siri kursus yang perlu dianjurkan ialah antara satu hingga 17

siri dengan peruntukan antara RM35,000 hingga RM595,000.

Bagaimanapun, berdasarkan Laporan PKS tahun 2009, adalah didapati 7

universiti tidak menganjurkan kursus mengikut bilangan siri yang ditentukan

oleh INSKEN di mana peratus perbelanjaan adalah antara 8.9% hingga

57.1% daripada peruntukan yang diberikan. Manakala bagi tahun 2010,

sebanyak 6 universiti tidak menganjurkan kursus mengikut bilangan siri

yang ditentukan oleh INSKEN di mana peratus perbelanjaan adalah antara

33.6% hingga 79.9%. Selanjutnya didapati Universiti Malaysia Kelantan

(UMK) tidak melaksanakan langsung KAKS walaupun menerima peruntukan

berjumlah RM105,000 dan RM245,000 masing-masing pada tahun 2009

dan 2010.

Perkara ini telah dibincang dan diputuskan semasa Mesyuarat

Penyelarasan PKS yang telah diadakan pada 26 Jun 2012.

Pemantauan program KAKS sedang dibuat di semua universiti

yang menjalankan KAKS pada tahun 2012.

Mesyuarat Penyelarasan PKS secara berkala dan lawatan ke 8

universiti yang masih mempunyai baki peruntukan akan

diadakan sehingga 31 Disember 2012 bagi memantau

perbelanjaan baki peruntukan KAKS seperti jadual berikut:

Bulan

September

Oktober

November

Disember

Universiti

UniMAP & UPSI

UiTM & UM

UTeM & UTHM

UniSZA & UMK

Bayaran perolehan telah pun dibuat oleh UMK kepada pembekal

pada 30 Julai 2012 sebanyak RM91,955.00 bagi kerja-kerja

menyiapkan projek Student Mall dan dengan itu projek telah

selesai dilaksanakan.

166

166

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!