02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)

Perenggan 22 : Program Keusahawanan Siswa

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

22.5.1.1.a

22.5.1.1.b

Pencapaian Kewangan

INSKEN telah diluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM4.95 juta pada

tahun 2009 dan RM6.08 juta pada tahun 2010 untuk melaksanakan 4 aktiviti di

bawah Program Keusahawanan Siswa (PKS). Peruntukan yang diterima telah

diagihkan sepenuhnya kepada 20 universiti. Bagi SUS, perbelanjaan tahun 2010

menggunakan baki peruntukan tahun 2009 manakala peruntukan yang diluluskan

pada tahun 2010 berjumlah RM3.0 juta diagihkan kepada 4 universiti untuk

dibelanjakan dalam tempoh 5 tahun iaitu mulai tahun 2011 hingga 2015

(RM600,000 setiap tahun). Berdasarkan Laporan PKS Tahun 2009 dan 2010, pihak

Audit mendapati prestasi perbelanjaan oleh universiti adalah kurang memuaskan di

mana hanya RM3.10 juta (62.6%) telah dibelanjakan pada tahun 2009 dan RM3.35

juta (55.1%) pada tahun 2010. Sebab utama yang menyumbang kepada prestasi

perbelanjaan yang rendah ini adalah perbelanjaan bagi aktiviti KAKS yang kurang

60% daripada peruntukan yang diluluskan. Berdasarkan temu bual dengan pihak

universiti, antara sebab perbelanjaan KAKS yang rendah ialah bilangan kursus

yang dianjurkan kurang daripada yang ditetapkan oleh INSKEN kerana pelajar tidak

mempunyai kelapangan masa akibat terlalu banyak aktiviti dalam kampus/kelas.

Semakan Audit selanjutnya mendapati pada tahun 2011, tiada peruntukan

kewangan yang disalurkan kepada universiti di bawah PKS (kecuali bagi SUS yang

telah diagihkan pada tahun 2010) memandangkan INSKEN tidak lagi mendapat

peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Perbelanjaan ada dilakukan dengan

menggunakan baki peruntukan tahun 2010, namun laporan perbelanjaan setakat

31 Disember 2011 masih belum dikemukakan oleh pihak INSKEN bagi

menunjukkan perbelanjaan yang dilakukan oleh 20 universiti yang melaksanakan

KAKS.

Berdasarkan maklum balas MITI, bagi tahun 2009, peruntukan yang dibelanjakan

hanya mencapai 62.6% adalah disebabkan akaun peruntukan Perbelanjaan

Pembangunan yang dipindahkan daripada MECD kepada akaun MITI hanya boleh

dibelanjakan mulai bulan Ogos 2009. Perbelanjaan hanya boleh dilakukan setelah

semua urusan Notis Perubahan Program/Projek RMKe-9 yang dipindahkan kepada

165

165

Mesyuarat Penyelarasan PKS dengan semua 21 universiti yang

terlibat dalam program PKS telah diadakan pada 26 Jun 2012

untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi

pelaksanaan semua program PKS sehingga 31 Disember 2012.

Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan adalah:

i. Pihak Universiti telah diberikan arahan di dalam Mesyuarat

Penyelarasan PKS pada 26 Jun 2012 untuk membelanjakan

baki peruntukan tersebut sepenuhnya sehingga

31 Disember 2012;

ii. Universiti diminta untuk menghantar Laporan Aktiviti dan

Kewangan kepada INSKEN setiap bulan;

iii. Semua Pusat Keusahawanan Universiti diminta

mengasingkan akaun peruntukan yang diterima mengikut

kementerian;

iv. Lawatan pemantauan oleh Pegawai MITI ke Universiti dari

semasa ke semasa bagi memastikan projek dilaksanakan;

dan

v. Surat bertarikh 15 Ogos 2012 memohon Laporan Aktiviti

Kewangan dan Aktiviti 2012 telah dihantar kepada 8 universiti

yang masih mempunyai baki peruntukan. Sehingga kini,

Universiti Malaya telah membelanjakan sepenuhnya baki

peruntukan yang ada pada bulan Ogos 2012. Dengan itu,

7 universiti masih belum membelanjakan sepenuhnya baki

peruntukan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!