02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

untuk menyimpan bekalan tersebut. Pihak Audit mendapati JPS tidak mematuhi

peraturan berkaitan prosedur penyimpanan Aset Kerajaan seperti yang dinyatakan

dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Tahun 2007. Tatacara tersebut

menyatakan Aset Kerajaan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan

sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab serta komponen

perlu dilabelkan Hak Kerajaan Malaysia.

Menurut maklum balas JPS, RC pipe tersebut akan digunakan semula di masa

akan datang apabila peruntukan pengalihan utiliti diperoleh. Kesemua RC pipe

tersebut telah dibawa ke stor di Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu Permas

untuk simpanan sementara.

Pada pendapat Audit, kolam takungan yang dibina di beberapa lokasi tidak dapat

berfungsi secara optimum kerana kejadian banjir masih berlaku, kapasiti kolam

takungan berkurangan dan kualiti air tercemar. Projek Saliran Bandar Kulai Fasa I

dan Fasa II bernilai RM6.73 juta tidak dapat mencapai objektif pembinaan

sepenuhnya kerana tiada peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan

penyenggaraan dan pengalihan utiliti. Sehubungan itu, pihak JPS perlu mengambil

langkah segera untuk menyelesaikan masalah pengalihan utiliti dan kerja pipe

jacking yang melibatkan kos tambahan berjumlah RM3 juta dan masalah

penyenggaraan bagi memastikan projek tersebut dimanfaatkan oleh golongan

sasaran serta mengelakkan kerosakan harta benda akibat banjir kilat.

21.5.3.2.a.iii

Fungsi Saluran (Conveyance) - Aras Air Dalam U Drain dan Parit Tanah

Tinggi

21.5.3.2.a.iv

Lawatan Audit di sekitar kawasan Parit Besar, Bukit Katil, Melaka mendapati aras

air di dalam U Drain adalah tinggi dan tinjauan Audit mendapati air mengalir

dengan perlahan.

Menurut maklum balas JPS Negeri Melaka, ini adalah kerana bentuk muka bumi

kawasan ini adalah rata dan landai. Selain itu, cadangan untuk membina rumah

pam di penghujung Parit Besar Bukit Katil ke Sungai Duyong tidak dapat

dilaksanakan kerana peruntukan asal yang diterima tidak mencukupi.

Bagaimanapun pembinaan rumah pam di lokasi ini akan dilaksanakan dalam

Projek Saliran Bandaraya Melaka Fasa II.

Selain itu, lawatan Audit di lokasi projek Kg. Chetty (salah satu lokasi Projek

Saliran Bandar, Bandaraya Melaka) mendapati aras air berada pada paras yang

tinggi. JPS Melaka memaklumkan rumah pam perlu dibina di lokasi ini bagi

mengatasi masalah aras air yang tinggi di dalam parit. JPS telah membayar

sejumlah RM1.71 juta bagi kos pengambilan tanah untuk dijadikan tapak

pembinaan rumah pam. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati keperluan

membina rumah pam di lokasi ini tidak dinyatakan dalam Conceptual Design

160

160

Peruntukan sejumlah RM19.6 juta bagi pembinaan rumah pam

telah dimohon di bawah RP1 dan RP2 tetapi tidak diluluskan.

Permohonan semula peruntukan telah dikemukakan dalam RP3

dan Kementerian sedang menunggu kelulusan dari pihak EPU.

JPS telah memohon peruntukan berjumlah RM11.6 juta bagi

pembinaan rumah pam dalam Rolling Plan 3, RMKe-10 dan

Kementerian sedang menunggu kelulusan dari pihak EPU.

Laporan Akhir Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Banjir

Kilat di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah Fasa 2 yang

disediakan pada tahun 2010 telah menyatakan keperluan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!