02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

berlaku di sekitar kawasan Projek Saliran Bandar Kulai Fasa II selepas pembinaan

siap.

21.5.3.1.f.i

21.5.3.1.f.ii

21.5.3.1.f.iii

Kolam Takungan Kering yang dibina di bawah Projek Saliran Bandar Kulai, Johor

(Fasa I) yang berfungsi untuk menyimpan sementara air larian hujan di upstream

pada kapasiti 50,000m 3 untuk memperlahankan aliran air ke kawasan downstream

(Kolam Kulai Fasa II) bagi mengatasi banjir kilat ketika hujan lebat tidak dapat

berfungsi dengan baik. Ini disebabkan kerja penyenggaraan tidak dibuat secara

berkala dan teratur mengakibatkan kolam dan struktur spillway dipenuhi dengan

tumbuhan. Menurut JPS, penyenggaraan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya

kerana kekurangan peruntukan. Selain itu, didapati projek ini masih belum

diserahkan secara rasmi kepada pihak PBT.

Menurut maklum balas JPS, kerja penyenggaraan akan dijalankan berdasarkan

kepada peruntukan yang diperoleh. Selain itu Standard Operating Procedure

(SOP) berkaitan penyerahan kolam takungan kepada PBT juga sedang disediakan

dan dijangka siap pada bulan September 2012.

Kerja perparitan untuk menaik taraf saliran sedia ada yang kecil kepada U Drain

dan Precast Twin R.C Pipe (Class Z rebated joint) yang lebih besar untuk

melencongkan aliran air terus ke Sungai Skudai dari kolam takungan di bawah

Projek Saliran Bandar Kulai, Johor (Fasa II) tidak dapat disiapkan dengan

sempurna. Ini disebabkan kerja pipe jacking menggunakan Precast Twin R.C Pipe

(Class Z rebated joint) tidak dapat dibuat kerana masalah pengalihan utiliti. Kos

tambahan bagi pengalihan utiliti dan kerja pipe jacking dianggarkan RM3 juta dan

JPS tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk melaksanakan pengalihan

utiliti tersebut. Kesannya, parit konkrit dan sump dengan kos pembinaan bernilai

RM332,425 yang dibina untuk menghubungkan parit utama sedia ada kepada pipe

jacking tidak dapat berfungsi sepenuhnya dan telah menjejaskan keberkesanan

sistem saliran.

Berdasarkan maklum balas JPS, masalah ini dijangka dapat diselesaikan

sekiranya kerja-kerja pipe jacking dapat disiapkan dengan sempurna. JPS telah

memohon peruntukan bagi kerja pipe jacking dan pengalihan utiliti dalam Rolling

Plan Ke-3, RMKe-10.

Semakan Audit selanjutnya mendapati Precast Twin R.C Pipe (Class Z rebated

joint) and steel collar joint bernilai RM356,400 yang telah dibayar tidak dapat

digunakan. Ia disimpan oleh kontraktor di tempat yang kurang sesuai di mana

komponen tersebut terdedah kepada cuaca panas dan hujan serta menyebabkan

Steel Collar Joint berkarat dan terdapat rekahan pada komponen. JPS

memaklumkan bahawa bekalan tersebut terpaksa ditempatkan di stor kontraktor

kerana Pejabat JPS Daerah Johor Bharu tidak mempunyai ruang yang sesuai

159

159

SOP Penyelenggaraan Kolam Takungan dan SOP Penyerahan

Kolam Takungan dari Pemaju kepada PBT telah dikemukakan

kepada KPKT pada 26 Julai 2012 untuk diangkat ke Mesyuarat

Pasukan Petugas Khas (PPK) KPKT bagi pelaksanaan Inisiatif di

bawah Makmal Pembangunan Hartanah, Inisiatif ke-17:

Standard Operating Procedure (SOP) During Defects Liability

Period (DLP).

KPKT sedang menyediakan Memorandum Jemaah Menteri bagi

mendapatkan Geran Khas Penyelenggaraan daripada

Kementerian Kewangan.

Permohonan peruntukan telah dikemukakan dalam RP3 dan

Kementerian sedang menunggu kelulusan dari pihak EPU.

Kesemua RC pipe tersebut telah dibawa ke stor di Pusat

Perkhidmatan Pertanian Bersepadu Permas untuk simpanan

sementara pada Januari 2012. JPS akan menggunakan

kesemua RC pipe tersebut apabila kelulusan peruntukan melalui

Rolling Plan 3 diperolehi dan projek dimulakan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!