02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

di kawasan operasi Pelabuhan Klang dan dijangka akan

siap Disember 2012.

7. Peruntukan RM 3.1 juta telah diperolehi bagi menangani

masalah peparitan di Parit Lapis, Batu pahat, Johor dan

dijangka siap pada Disember 2012.

21.5.2.2 Analisis Audit mendapati 6 daripada 8 projek yang diaudit telah dibuat Kajian

Pelan Induk sebelum pelaksanaan projek. Bagaimanapun, didapati tempoh

pelaksanaan projek berbanding penyiapan kajian tersebut adalah antara 8 hingga

29 tahun. Manakala pelaksanaan bagi 2 projek yang lain iaitu Projek Saliran

Bandar Kulai Fasa I dan Fasa II adalah berdasarkan keperluan semasa.

21.5.2.3 Kelewatan melaksanakan projek berdasarkan Kajian Pelan Induk boleh

mengakibatkan cadangan yang disediakan dalam kajian menjadi tidak relevan dan

tidak sesuai untuk dilaksanakan. Ini adalah kerana berkemungkinan berlaku

perubahan terhadap muka bumi, cuaca dan kadar pembangunan di sekitar

kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

Pada pendapat Audit, objektif penyediaan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar

masih belum dapat dicapai sepenuhnya sekiranya ia tidak digunakan sebagai asas

dalam pemilihan pelaksanaan projek saliran bandar. JPS seharusnya lebih

memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek berdasarkan kepada Kajian

Pelan Induk sedia ada berbanding menyediakan Kajian Pelan Induk yang baru.

Selain itu, pelaksanaan projek berdasarkan kajian perlu dilaksanakan dengan

segera agar kajian yang disediakan masih relevan serta Kerajaan mendapat value

for money.

Untuk tujuan pembangunan selanjutnya, kajian ini masih relevan

sebagai maklumat asas memandangkan kajian terperinci akan

dilaksanakan dengan mengambil kira guna tanah semasa.

Kajian Pelan Induk Saliran Bandar masih diperlukan kerana

ianya merupakan asas pengurusan operasi saliran kepada

pembangunan sesuatu kawasan dan menjadi satu rujukan

penting kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam

merangka Pelan Tempatan dan Kerajaan Negeri dalam

merangka merangka Pelan Struktur.

Kajian ini digunapakai oleh pihak PBT dan JPS negeri dalam

meluluskan sistem saliran sesuatu pembangunan tanah dan

pihak perunding dalam merekabentuk sistem salirannya.

21.5.3.1.a

Keberkesanan Fungsi Komponen Projek - Fungsi Kolam Takungan

Lawatan Audit di Projek Kolam Komuniti Taman Keladi, Sg. Petani, Kedah bernilai

RM3.01 juta mendapati objektif projek dalam mengawal kualiti air telah dapat

dicapai dengan kualiti air berada pada Kelas II iaitu tidak tercemar (berdasarkan

ujian kualiti air yang dijalankan pada 20 Disember 2011). Bagaimanapun

pemeriksaan terhadap 4 lagi kolam takungan yang dilawati iaitu Projek Kolam

Komuniti Taman Ria, Sg. Petani, Kedah (RM3.04 juta), Projek Sistem Saliran

Bandar Melaka - Kolam Takungan Taman Setiakawan (RM0.85 juta), Projek

Kolam Takungan Kering, Kulai Fasa I, Johor (RM2.51 juta) dan Projek Kolam

Takungan Kulai Fasa II, Johor (RM4.22 juta) mendapati kualiti air kolam tersebut

adalah tercemar iaitu berada pada kelas III dan IV. Antara punca pencemaran air

adalah kerana longgokan sampah dan kelodak pada forebay, inlet dan outlet

disebabkan kerja penyenggaraan tidak dilaksanakan dengan teratur serta

kelemahan penguatkuasaan untuk mengawal pencemaran saliran.

SOP Penyelenggaraan Kolam Takungan dan SOP Penyerahan

Kolam Takungan dari Pemaju kepada PBT telah dikemukakan

kepada KPKT pada 26 Julai 2012 untuk diangkat ke Mesyuarat

Pasukan Petugas Khas (PPK) KPKT bagi pelaksanaan Inisiatif di

bawah Makmal Pembangunan Hartanah, Inisiatif ke-17:

Standard Operating Procedure (SOP) During Defects Liability

Period.

KPKT sedang menyediakan Memorandum Jemaah Menteri bagi

mendapatkan Geran Khas Penyelenggaraan daripada

Kementerian Kewangan.

Pihak JPS tiada kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan

kerana bidang kuasa ini adalah terletak di bawah PBT.

157

157

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!