02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

disempurnakan disebabkan kekangan peruntukan, kelemahan dalam penentuan

keperluan dan pengendalian kerja penyenggaraan saliran, kekurangan peruntukan

bagi kerja penyenggaraan serta kelemahan penguatkuasaan untuk mengawal

pencemaran saliran.

Pada pendapat Audit, objektif pelaksanaan projek saliran bandar yang

dilaksanakan oleh JPS masih belum dapat dicapai sepenuhnya kerana masih

terdapat masalah kawalan kuantiti dan kualiti air di lokasi projek yang dilawati.

21.5.2.1 Kajian Pelan Induk Saliran Bandar

Kajian Pelan Induk Saliran Bandar disediakan untuk merancang penyelesaian

jangka panjang pengurusan banjir, sistem saliran dan air larian hujan dalam

kawasan perbandaran sedia ada. Kajian ini dibuat berdasarkan kepada dasar yang

dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Semakan Audit

mendapati JPS telah menyediakan 16 Kajian Pelan Induk Saliran Bandar dalam

tempoh RMKe-9 dengan kos berjumlah RM26.25 juta. Adalah didapati hanya satu

projek telah dilaksanakan berdasarkan kajian yang dijalankan setakat 31 Disember

2011.

Menurut maklum balas JPS, tiada projek yang diluluskan untuk dilaksanakan

berdasarkan kajian ini di bawah RMKe-10. Menurut maklum balas Unit Perancang

Ekonomi (EPU) pula, JPS disarankan untuk membuat permohonan bajet di bawah

RMKe-10 dengan memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek.

Jabatan telah membuat perancangan bagi RMKe-10 dan

memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek saliran mesra

alam di kawasan-kawasan yang kritikal. Semasa RP1 sejumlah

RM30 juta telah dipohon bagi melaksanakan kerja-kerja

pemulihan dan menaiktaraf sistem saliran di pelbagai negeri.

Dalam RP2 pula sebanyak 3 projek telah diletakkan sebagai

keutamaan yang tinggi (2 dari projek tersebut telahpun

mempunyai Pelan Induk Saliran Bandar). Namun begitu tiada

peruntukan baru diperolehi bagi permohonan berkenaan.

Walau bagaimanapun, peruntukan telah diperolehi bagi projekprojek

yang bukan menjadi keutamaan jabatan. Antara projek

tersebut ialah :

1. Di bawah RP1, peruntukan RM4.8 juta telah diperolehi

untuk menaiktaraf sistem saliran bandar Bandar Maharani,

Muar, Johor dan telah siap pada 13 Jun 2012.

2. Peruntukan RM6.4 juta telah diperolehi untuk menaiktaraf

sistem saliran Taman Jelita, Yong Peng, Batu pahat, Johor

dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2012.

3. Peruntukan RM7 juta telah diperolehi bagi membaikpulih

sistem saliran di Jasin, Melaka dan dijangka siap pada

Disember 2012.

4. Peruntukan RM1.1 juta telah diperolehi bagi menangani

masalah perparitan di Kuala Bekah Bertam, Kg. Padang

Panaga dan di Kg. Tanjung Rambai, Pinang Tunggal,

seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan dijangka akan siap

sepenuhnya Disember 2012.

5. Peruntukan RM1.1 juta telah diperolehi bagi menangani

masalah perparitan di Felda Cempelak, Segamat, Johor

dan dijangka akan siap sepenuhnya Disember 2012.

6. Di bawah RP2, peruntukan RM2.6 juta telah diperolehi bagi

menyediakan rekabentuk terperinci Sistem Saliran Bandar

156

156

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!