02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)

Perenggan 21 : Pengurusan Projek Saliran Bandar

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

21.5.1.3.a

Pencapaian Outcome Projek

Setakat 31 Disember 2011, JPS telah membuat kajian penilaian terhadap

outcome/keberhasilan bagi 2 daripada 8 projek saliran bandar yang diaudit dan

telah dibentangkan di peringkat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana

Menteri. Bagaimanapun laporan yang disediakan tidak menunjukkan maklumat

data statistik kejadian banjir kilat dan data statistik kawalan pencemaran air bagi

2 projek yang dinilai.

JPS akan membuat penilaian terhadap outcome/keberhasilan

bagi baki 6 Projek Saliran Bandar sebelum 31 Disember 2012.

21.5.1.3.b

Menurut maklum balas JPS, penilaian terhadap outcome/keberhasilan bagi 6

projek saliran bandar yang diaudit akan dijalankan secara berperingkat-peringkat

secara dalaman.

Semakan Audit selanjutnya berhubung outcome 8 projek telah dibuat terhadap

kawalan kuantiti air (berdasarkan maklum balas JPS dan penduduk setempat) dan

kawalan kualiti air (berdasarkan penilaian Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia

dan pihak swasta). Kualiti air dikelaskan kepada I (keadaan semula jadi), II (sesuai

untuk rekreasi/tidak tercemar) dan III hingga V (tercemar, di mana kelas V adalah

tercemar teruk). Adalah didapati 4 daripada 8 projek ini telah mencapai objektif

untuk mengawal kuantiti dan kualiti air iaitu Projek Kolam Komuniti Taman Keladi,

Projek Saliran Bandar Jalan Sialang, Projek Saliran Bandar Labis dan Projek

Saliran Bandar Chukai, Kemaman. Bagaimanapun 4 projek yang lainnya masih

tidak dapat mencapai objektif untuk mengawal kuantiti dan kualiti air. Kawalan

kuantiti air bagi Projek Saliran Bandar Kulai Fasa II tidak mencapai objektif kerana

kejadian banjir masih berlaku apabila hujan lebat manakala Projek Kolam Komuniti

Taman Ria dan Projek Saliran Bandar Kulai Fasa I mengalami kemerosotan

kapasiti takungan air. Projek Sistem Saliran Bandaraya Melaka pula mengalami

masalah aras air yang tinggi di beberapa lokasi kerana air tidak dapat mengalir

keluar ke dalam sungai dengan sempurna. Selain itu, kualiti air bagi 4 projek ini

juga adalah tercemar iaitu berada pada kelas III dan IV. Antara punca projek tidak

mencapai objektif yang ditetapkan adalah kerana sistem perparitan tidak dapat

155

155

Permohonan peruntukan bagi penyelenggaraan kolam takungan

bagi kawalan kuantiti dan kualiti air sedang dilaksanakan oleh

pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas KPKT bagi

pelaksanaan Inisiatif di bawah Makmal Pembangunan Hartanah

Inisiatif No. 18 (Infrastructure Maintenance Fund).

KPKT sedang menyediakan Memorandum Jemaah Menteri bagi

mendapatkan Geran Khas Penyelenggaraan daripada

Kementerian Kewangan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!