02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

20.5.3.1 Pemilikan Dan Pewartaan Tanah Di Kawasan Empangan

Semakan Audit mendapati Kerajaan telah membayar pampasan dan mengambil alih

tanah bagi 16 empangan namun JPS hanya dapat mengemukakan maklumat

pampasan tanah bagi 5 empangan yang berjumlah RM158.24 juta. Daripada 16

empangan itu, JPS hanya mempunyai maklumat keluasan tanah yang diambil alih

bagi 9 empangan dengan berkeluasan 9,519.64 hektar. Setakat 31 Disember 2011,

hanya 3 empangan telah ditukar hak milik tanah kepada Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan iaitu Empangan Timah Tasoh, Batu dan Macap manakala tanah bagi

empangan lain masih atas hak milik Kerajaan Negeri. Ketiadaan maklumat lengkap

berkaitan jumlah keluasan tanah dan maklumat pampasan boleh menyebabkan JPS

mengalami masalah untuk menentukan jumlah nilai aset apabila Perakaunan

Akruan Kerajaan Persekutuan mula dilaksanakan pada tahun 2015.

20.5.3.2 Semakan Audit mendapati hanya 4 empangan iaitu Empangan Bukit Merah,

Labong, Bukit Kwong dan Macap telah diwartakan sebagai rizab takungan

manakala 12 empangan lain masih belum diwartakan. Manakala Seksyen 4 dan 5,

Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan 1959, menetapkan empangan JPS

perlu diwartakan sebagai kawasan larangan. Tempat larangan bertujuan

menjadikan kawasan empangan sebagai tempat yang selamat dari sebarang aktiviti

pencerobohan, sabotaj, merosakkan struktur empangan dan sebagainya yang

boleh mendatangkan bahaya dan kelumpuhan ekonomi. Semakan Audit mendapati

hanya 2 empangan iaitu Empangan Bukit Merah dan Timah Tasoh telah

diwartakan sebagai kawasan larangan dan tempat larangan. Kelewatan

mewartakan kawasan empangan ini sebagai kawasan larangan dan tempat

larangan menyebabkan Kerajaan tidak dapat merancang untuk mempertingkatkan

kawalan keselamatan di kawasan empangan antaranya dengan menempatkan

anggota keselamatan bersenjata.

20.5.4.2 Semakan Audit mendapati tiada satu badan kawal selia yang bertanggungjawab

untuk menyelia dan memantau operasi empangan yang terdapat di Malaysia seperti

yang diamalkan oleh New Zealand dan Australia.

Menurut maklum balas JPS, Kementerian telah mengambil inisiatif mengadakan

mesyuarat bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air untuk

membincangkan isu-isu berkaitan empangan dan telah mencadangkan untuk

mengaktifkan semula Jawatankuasa Empangan antara Jabatan bagi mengadakan

perbincangan terperinci bersama Kementerian dan pemilik empangan lain. Satu

bengkel juga telah dicadangkan untuk diadakan pada bulan Julai 2012 melibatkan

semua empangan di Malaysia.

Sehingga kini maklumat bagi 14 empangan telah pun diperolehi

kecuali 2 empangan (Empangan Padang Saga dan Gopeng)

masih tiada maklumat. Buat masa ini, carian Borang K bagi

kesemua empangan sedang dalam tindakan dan dijangka siap

sehingga Disember 2012.

Sehingga kini daripada 12 empangan, 1 empangan telah

diwartakan iaitu Empangan Batu. Selebihnya masih dalam

tindakan seperti berikut:-

i) Empangan Timah Tasoh, Beris, Bekok dan Sembrong

sedang dalam proses perizaban di bawah PTP;

ii) Empangan Perting, Repas Lama, Repas Baru, Anak Endau

dan Pontian akan dirizab di bawah Kerajaan Negeri; dan

iii) Empangan Padang Saga dan Gopeng tidak maklumat

diperolehi sehingga kini.

Kerajaan bercadang untuk menghidupkan semula Jawatankuasa

Malaysian Inter-Departmental Committee on Dam Safety MIDC

bagi tujuan memantau semula keselamatan empanganempangan

di Malaysia berjumlah 79 empangan kesemuanya

melalui Memorandum Jemaah Menteri yang disediakan oleh

pihak KeTTHA.

Pada pendapat Audit, Kementerian dan pihak yang terbabit perlu menilai keperluan

mewujudkan satu badan kawal selia empangan bagi memastikan semua empangan

diuruskan dengan cekap dan berkesan untuk menjamin keutuhan empangan.

153

153

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!