02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

tindakan pembaikan walaupun telah dibangkitkan dalam beberapa Laporan

Pemeriksaan Keselamatan Berkala terdahulu. Mengikut maklum balas JPS,

tindakan susulan terhadap kerosakan yang dilaporkan lewat atau tidak dibuat

disebabkan JPS mengalami masalah kekurangan peruntukan kewangan dan

sumber manusia.

20.5.2.4.c

20.5.2.4.d.i

20.5.2.4.d.ii

20.5.2.4.d.iii

Pemeriksaan Keselamatan Formal tidak dilaksanakan kerana peruntukan yang

dipohon tidak diluluskan. Pemeriksaan Tahap Sedia Fungsi Serta Keselamatan

Komponen Mekanikal dan Elektrikal pula dijalankan oleh Cawangan Perkhidmatan

Mekanikal dan Elektrikal (CPME) di negeri yang berkenaan namun laporan

pemeriksaan CPME tidak dikemukakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan

kepada Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) Ibu Pejabat.

Kelewatan mengemukakan laporan pemeriksaan boleh menjejaskan masa untuk

mengambil tindakan pembaikan.

Hanya operator Empangan Beris yang menyediakan pas keselamatan bagi pelawat

dan pekerja manakala Empangan Macap, Sembrong dan Bekok tidak berbuat

sedemikian.

Berlaku kekurangan jawatan Pengawal Keselamatan di empangan yang mana

hanya seorang Pengawal Keselamatan ditempatkan untuk Empangan Sembrong

dan Bekok, berbanding 4 jawatan yang diluluskan masing-masing. Manakala bagi

Empangan Macap hanya 2 jawatan Pengawal Keselamatan telah diwujudkan dan

telah diisi. Analisis lanjut mendapati Pengawal Keselamatan (KP 11) yang

ditempatkan hanya perlu mempunyai kelayakan antaranya Sijil Rendah

Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah dan tiada keperluan pegawai tersebut

mempunyai pengalaman dalam bidang keselamatan bersenjata seperti yang

diamalkan di negara lain.

Empangan Beris sahaja yang membunyikan siren sebelum pelepasan air dilakukan

bagi memaklumkan penduduk sekitar kawasan tersebut. Manakala 3 empangan lagi

tidak mempunyai siren dan penduduk berhampiran tidak mengetahui bila Operator

Empangan melepaskan air. Ini adalah kerana empangan berkenaan adalah

empangan lama dan tidak disediakan kemudahan siren seperti yang ditetapkan.

Pada pendapat Audit, pemeriksaan keselamatan di Pejabat Tapak Empangan

adalah memuaskan namun pihak JPS perlu menyediakan laporan dalam tempoh

yang munasabah agar tindakan segera dapat diambil terhadap kerosakan

instrumentasi dan kejanggalan data yang dilaporkan. Selain itu, JPS perlu mengkaji

semula keperluan perjawatan di Pejabat Tapak Empangan agar keselamatan

empangan lebih terjamin.

Kerja-kerja pemeriksaan formal untuk empangan-empangan

Batu, Sembrong, Bukit Merah, Pontian, Anak Endau, Macap

dijangka siap pada Disember 2013. Walau bagaimanapun ia

bergantung kepada peruntukan kewangan dan peruntukan

semasa sumber manusia.

Seksyen Empangan telah mengeluarkan surat ke BPME pada

6 Ogos 2012.

Pihak JKPTG sedang berusaha untuk mempercepatkan proses

pewartaan. Pas keselamatan akan disediakan setelah ketiga-tiga

empangan (Machap, Sembrong dan Bekok) diwartakan di bawah

Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Permohonan semula pengisian jawatan kosong bagi jawatan

Pengawal Keselamatan Empangan Bekok, Sembrong dan

Machap akan dibuat pada September 2012.

Kerja pemasangan siren bagi 3 empangan berkenaan dijangka

akan disiapkan pada Disember 2012.

Status pada September 2012 Kerja pemasangan siren di

Empangan Sembrong sedang dilaksanakan.

152

152

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!