02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

20.5.2.3.b. ii

20.5.2.3.c

20.5.2.4.b

takungan tidak tercemar serta berlaku kerosakan struktur. Lawatan Audit terhadap 4

empangan iaitu Empangan Macap, Sembrong, Bekok dan Beris mendapati

kesemua kawasan rizab empangan telah dicerobohi. Antara aktiviti pencerobohan

yang dilakukan adalah seperti aktiviti perikanan; perladangan/pertanian (kelapa

sawit, ladang getah dan sayur-sayuran); penternakan; mengepam/mencuri air;

menambak/membuat benteng bagi membina jalan ke pulau; mencuri tanah serta

pembinaan struktur seperti rumah kediaman, kedai, resort, jeti dan pondok rehat.

Antara punca masalah yang ditemui adalah kerana JPS tidak dapat menentukan

sempadan rizab sebenar kawasan empangan yang telah diambil oleh Kerajaan

Persekutuan; kawasan empangan tidak diwartakan sebagai kawasan larangan

mengikut Akta 298 Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan; dan sebahagian

kawasan operasi empangan tidak dipagari serta kurangnya kesedaran orang awam

terhadap kepentingan menjaga kawasan tadahan dan kolam takungan yang boleh

menjejaskan fungsi sesuatu empangan.

Pemantauan Keladak

Semakan Audit mendapati data mengenai profil dasar empangan tidak pernah

diambil bagi semua empangan kecuali bagi Empangan Macap yang dilakukan pada

RMKe-7 (1996 - 2000). Peruntukan berjumlah RM0.60 juta di bawah RMKe-9 dan

RM2.5 juta di bawah RMKe-10 telah dipohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk

melaksanakan kerja pemantauan keladak namun permohonan bajet tersebut tidak

diluluskan.

Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap instrumentasi, kawasan tadahan,

kolam takungan dan keladak tidak dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan

kerana kekurangan peruntukan, kakitangan dan kelemahan dalam penyeliaan.

Pemeriksaan Keselamatan Empangan

Semakan Audit mendapati JPS ada menjalankan Pemeriksaan Keselamatan Rutin

seperti yang ditetapkan. Bagaimanapun, didapati tidak semua Operator Empangan

mengemukakan Laporan Pemeriksaan Keselamatan Rutin tersebut kepada

Seksyen Empangan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu pada setiap bulan

berikutnya. Selain itu, semakan Audit selanjutnya mendapati Pemeriksaan

Keselamatan Berkala ada dilaksanakan oleh Seksyen Empangan JPS, namun

Laporan Pemeriksaan Keselamatan Berkala disediakan antara 15 hingga 145 hari.

Analisis lanjut terhadap butiran Laporan Pemeriksaan Keselamatan Berkala

mendapati kerosakan peralatan instrumentasi yang dilaporkan masih belum diambil

151

151

Bagi Empangan Bekok, Sembrong dan Beris masih lagi dalam

proses pewartaan. Tindakan penguatkuasaan hanya boleh

dijalankan selepas proses pewartaan selesai.

Keperluan peruntukan bagi kerja-kerja sukat halus adalah

sebanyak RM5.1 juta untuk 7 empangan iaitu Empangan Beris,

Anak Endau, Pontian, Repas Lama, Repas Baru, Perting dan

Bukit Kwong.

Empangan Macap telah diwarta di bawah Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan (PTP) dan 3 lagi di bawah Kerajaan Negeri iaitu

Empangan Batu, Labong dan Bukit Merah. 5 empangan lagi

masih di dalam proses pewartaan. Pewartaan di bawah Akta 298

akan dibuat selepas proses pewartaan selesai. Memagar

kawasan empangan tidak dapat dilaksanakan disebabkan

masalah kewangan.

Tiada peruntukan disediakan untuk kerja ukur profil dasar

empangan sehingga kini.

Mesyuarat Penyelarasan Operator-operator Empangan

bil.1/2012 pada 18 Jun 2012 telah memutuskan supaya semua

operator mengemukakan Laporan Pemeriksaan Keselamatan

Rutin setiap bulan mulai Ogos 2012.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!