02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

setiap perubahan/keganjilan yang berlaku ke atas struktur/komponen empangan

oleh Operator Empangan tidak dapat dilaksanakan dengan cekap.

Pada pendapat Audit, kerja penyenggaraan di 4 empangan yang dilawati tidak

mengikut manual yang dikeluarkan. Perancangan lebih awal berkaitan keperluan

kos penyenggaraan juga perlu dibuat bagi membantu pihak bertanggungjawab

menyediakan peruntukan yang mencukupi. Memandangkan hampir 14 empangan

di bawah kendalian JPS diklasifikasikan sebagai Tahap Bencana Tinggi dan Ketara

di mana ia memberi impak yang besar terhadap kehilangan nyawa, kerosakan harta

benda dan alam sekitar serta kelumpuhan ekonomi, adalah wajar semua empangan

disenggarakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan diawasi sebaik

mungkin bagi menjamin keutuhannya untuk jangka masa panjang.

20.5.2.3.a.i

Pemantauan Instrumentasi

Sebanyak 359 (46.4%) daripada 773 instrumentasi di empangan telah mengalami

kerosakan manakala 18 lagi instrumentasi tidak dapat dikesan. Kerosakan

instrumentasi yang tertumpu di sesuatu lokasi badan empangan boleh

mengakibatkan indikator awal terhadap masalah berkaitan keselamatan empangan

tidak dapat dikesan.

1 peralatan double fluid settlement gauge telah dibaiki

1 peralatan vibrating wire jointmeter telah dibaiki

1 peralatan vibrating wire akan siap dibaiki pada hujung 2013

2 peralatan crest movement markers akan siap dibaiki pada

Oktober 2012

1 peralatan crest movement markers tidak boleh dibaiki

162 peralatan piezometer (pneumatic, hydraulic) tidak boleh

serta tidak perlu diperbaiki

133 peralatan (standpipe piezoemetr, sand blanket) sebenarnya

tidak bermasalah

20.5.2.3.a.ii

20.5.2.3.b.i

Semakan Audit juga mendapati tiada latihan yang merangkumi modul berkaitan

pengurusan operasi empangan serta kaedah pengendalian pengambilan data

instrumentasi disediakan oleh JPS.

Menurut maklum balas JPS, latihan Hands-On bagi pengendalian instrumentasi di

tapak ada diberikan kepada operator Empangan Beris dan Timah Tasoh. JPS akan

meneliti kebolehlaksanaan kursus berkaitan bagi Operator Empangan

Pemantauan Kawasan Tadahan Dan Kolam Takungan

Pemantauan ke atas kawasan tadahan dan takungan adalah bertujuan untuk

mengawal peningkatan kadar air larian dan banjir ke kolam takungan serta

mengawal pencemaran air. Pemantauan juga perlu dibuat terhadap aktiviti

pencerobohan di kawasan rizab empangan yang mana Kerajaan Persekutuan telah

membayar pampasan ke atas pengambilan tanah. Kawasan rizab empangan

hendaklah bebas dari sebarang aktiviti pembangunan untuk memastikan kolam

150

150

Sehingga 7 September 2012, kerja-kerja mengesan

instrumentasi telah dimulakan pada 3 September 2012.

Kursus kepada Operator Empangan dicadangkan dimasukkan

ke dalam Kursus Berjadual JPS Malaysia untuk tahun 2013

bergantung kepada peruntukan kewangan dan kepakaran

tenaga pengajar.

Pelan tindakan untuk melaksanakan penguatkuasaan

Empangan Machap telah disediakan. Mesyuarat bagi

membincangkan pelaksanaan Pelan Tindakan operasi

bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi dijadualkan oleh

JKPTG Johor pada September 2012.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!