02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

kurangnya kesedaran tentang kepentingan dokumen EAP. JPS merancang untuk

mengemas kini EAP secara dalaman bagi 2 empangan setiap tahun. Permohonan

untuk pengemaskinian EAP ada dipohon dalam Rolling Plan Pertama RMKe-10

namun ia tidak diluluskan. Selain itu, latihan kecemasan tidak dapat dilakukan

kerana masih ketiadaan dokumen EAP yang lengkap di 11 empangan dan latihan

ini memerlukan perbelanjaan yang besar serta melibatkan pelbagai pihak antaranya

tentera, polis, Jabatan Pertahanan Awam, RELA dan orang ramai.

Pada pendapat Audit, tahap pengendalian operasi adalah kurang memuaskan

kerana sebahagian besar empangan tidak mempunyai Manual yang terkini dan

dokumen EAP yang lengkap serta SOP bagi peralatan dan komponen empangan

juga tidak disediakan sepenuhnya.

20.5.2.2.a

Penyenggaraan Empangan - Kawasan Kolam Takungan

20.5.2.2.b.i

20.5.2.2.b.ii

Lawatan Audit pada bulan November 2011 mendapati permukaan kolam takungan

di Empangan Macap dan Sembrong adalah tidak memuaskan kerana sebahagian

permukaan empangan tersebut dipenuhi pelbagai jenis rumput/tumbuhan yang

terampai. Keadaan ini boleh mengakibatkan kualiti air terjejas dan kandungan

oksigen dalam air berkurangan. Selain itu, terdapat bahan buangan serta bahan

pembinaan yang terbiar.

Penyenggaraan Empangan - Kawasan Operasi Empangan

Pemeriksaan fizikal Audit di 4 empangan yang dilawati mendapati status

penyenggaraan di empangan tersebut adalah kurang memuaskan. Antara

kelemahan yang diperhatikan adalah tumbuhan/ rumput meliputi kawasan di toe

drain, rip rap dan sand blanket; toe drain tersumbat; toe drain dan berm drain diliputi

enapan; instrumentasi dilitupi rumput/lalang yang menyukarkan operasi

pengawasan dan pengambilan data; pokok kayu di kawasan rip rap dan

berhampiran alur limpah; tumbuhan di hadapan pintu air dan kawasan kolam

dicemari bahan buangan. Selain itu didapati peralatan komunikasi di Empangan

Sembrong dan Bekok tidak berfungsi.

Keadaan ini boleh mengakibatkan kesukaran mengenal pasti masalah berkaitan

kekukuhan struktur empangan yang boleh menyebabkan operasi dan keselamatan

empangan terjejas. Selain itu, ketiadaan satu dasar yang jelas berkaitan

tanggungjawab dan peranan pihak JPS Ibu Pejabat dan JPS Negeri serta Operator

Empangan telah mengakibatkan pelan penyenggaraan tidak dibuat dengan teratur

dan menyebabkan peruntukan yang secukupnya tidak dapat disediakan oleh

Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.

Menurut maklum balas JPS, kerja penyenggaraan tidak dapat dilaksanakan dengan

teratur kerana masalah kekurangan peruntukan tahunan serta kekurangan

kakitangan di Pejabat Tapak Empangan telah menyebabkan penyeliaan terhadap

149

149

Tindakan serta merta telah diambil oleh Operator Empangan

(OE) pada April 2012 bagi membuang rumput/tumbuhan

tersebut.

Kerja-kerja penyelenggaraan berkala telah dimulakan pada

bulan April sehingga Mei 2012. Kerja-kerja seterusnya dijangka

akan dibuat mulai bulan September 2012 bergantung kepada

peruntukan kewangan sedia ada.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!