02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Plan Pertama (RP 1), RMKe-10 walaupun sejumlah RM32 juta telah dipohon.

Semakan Audit mendapati JPS telah membelanjakan kesemua peruntukan bagi

RMKe-9.

20.5.1.2.b Semakan Audit juga mendapati kerja penyenggaraan adalah menjadi

tanggungjawab JPS Negeri, bagaimanapun didapati tiada bukti menunjukkan satu

peruntukan khusus telah dipohon dan diluluskan bagi tujuan pengendalian operasi

dan penyenggaraan empangan.

JPS Malaysia juga membantu dalam menyalurkan peruntukan

bagi Kerja-kerja Pengukuhan Integriti Keselamatan Empangan di

negeri-negeri.

Kerajaan Negeri telah disediakan peruntukan secara pukal

(butiran 28000) bagi kesemua kerja-kerja penyelenggaraan

termasuk sungai, empangan.

20.5.1.2.c

20.5.1.2.d

Analisis lanjut mendapati di bawah RMKe-9, hanya 40% daripada jumlah

permohonan sebenar bajet telah diluluskan bagi program Pemulihan Empangan.

Manakala permohonan bajet di bawah Rolling Plan Pertama RMKe-10 bagi kerjakerja

Pengukuhan Keselamatan Empangan berjumlah RM55.44 juta tidak

diluluskan.

Antara fungsi empangan juga adalah untuk menyediakan bekalan air kepada

syarikat bekalan air dan didapati 12 empangan JPS menyediakan air bagi

keperluan domestik dan industri. Adalah didapati syarikat bekalan air memperoleh

bekalan air dari empangan tanpa dikenakan sebarang caj terhadap penggunaan

bekalan air yang disediakan oleh JPS. JPS perlu menjaga kuantiti dan kualiti air di

kolam takungan dengan mengambil kira keperluan air oleh syarikat bekalan air di

samping perlu mengurangkan kuantiti air yang boleh ditakung bagi tujuan

pengawalan banjir.

Menurut maklum balas, JPS telah membuat permohonan dasar baru bagi

penyenggaraan 15 buah empangan susulan daripada mesyuarat pemeriksaan bajet

tahun 2013. Sejumlah RM800,000 telah dipohon bagi tujuan penyenggaraan bagi

empangan Bekok, Beris, Macap dan Sembrong untuk tahun 2013. Manakala

menurut maklum balas EPU, EPU hanya menyediakan perbelanjaan modal

berkaitan empangan manakala perbelanjaan berkaitan pengurusan operasi

empangan hendaklah dipohon di bawah perbelanjaan mengurus daripada

Kementerian Kewangan dan mencadangkan JPS perlu mencari sumber lain bagi

peruntukan penyenggaraan.

Pada pendapat Audit, JPS mengalami masalah kekurangan peruntukan yang

kritikal untuk memastikan operasi empangan dapat dilaksanakan secara cekap dan

teratur. Memandangkan tempoh hayat empangan telah mula mencapai tempoh

maksimum, Kementerian dan JPS perlu mengambil langkah segera untuk

mengatasi masalah kekurangan peruntukan ini.

JPS Malaysia telah mendapat perakuan awal siling 2013

sebanyak RM35 juta di bawah Kerja-kerja Pengukuhan Integriti

Keselamatan Empangan.

Bidang kuasa berkaitan air adalah di bawah Kerajaan Negeri.

Satu rundingan di antara Kementerian Tenaga Teknologi Hijau

dan Air (KeTTHA), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

(NRE) dan Kerajaan Negeri akan diadakan pada bulan Oktober

2012. Mesyuarat ini bagi membincangkan mengenai keperluan

kesemua pihak termasuk operator loji yang berkenaan

menyediakan dana bagi tujuan penyenggaraan dan menjaga

kuantiti dan kualiti air di kolam takungan secara bersama di

empangan-empangan di bawah seliaan JPS.

JPS Malaysia telah mendapat perakuan awal siling 2013

sebanyak RM35 juta di bawah Kerja-kerja Pengukuhan Integriti

Keselamatan Empangan.

147

147

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!